Saturday, November 28, 2009

Randoms: Aidiladha 2009 Edition

  • Saya cuti seminggu sejak 21hb - 29hb November nih.. seronoknya dok umah melayan si kenit ini.. :)
  • Masa birthday hubby (hari Isnin), saya tak masak apa2 pun.. Alasan saya, sebab barang dapur semua dah habis.. Ngee... :P
  • Masa hari anniversary pulak (hari Selasa), saya gagahkan diri masuk dapur untuk masak lauk special, iaitu lauk sardin. Alasan saya, cuma sardin dalam tin je yang saya jumpa kat dapur tu.
  • Hari Rabu pulak, pagi2 dah bersiap nak bawak Aliff ke Hospital Selayang. Ada follow-up. Jalan jem kat mrr2. Kesian kanda kena drive 2 jam dari Bangi ke Selayang. (Nasib baik saya kena pangku si kenit ni dan mujur gak drive kereta auto je..)
  • Timbang Aliff masa follow-up hari tu, berat Aliff sekarang ni sudah 11kg, dan tingginya pula 79cm.
  • Malam tu pulak, alang2 dah kat Batu Caves, kami pun shopping barang dapur kat NSK Selayang. Lots of stuff, and the damage is only around RM150. Sangat puas hati! (Saya memang suka sangat kalau dapat shopping kat NSK, sebab boleh amik barang banyak2 sampai penuh troli pastu bila nak bayar biasanya tak penah lebih rm300 pun, unlike kat Giant, C4 dll)
  • Oleh sebab barang dapur dah banyak, maka hari Khamis tu saya rajinkan diri masak special sikit. Hari tu saya masak lauk ayam masak lemak cili padi, sayur goreng dan sambal totok jawa dimakan dengan pucuk ubi.
  • Hari Raya Korban, niat di hati nak masak rendang ayam hijau. Tapi blender pulak rosak. Last2 saya cuma masak sayur pucuk ubi masak lemak, udang cheezy garlic butter dan ayam goreng cili padi sahaja. Asal kenyang sudah.
  • Petang Jumaat kami bertiga keluar. Niat di hati nak ke mines. Tapi sampai2 kat mines nak masuk ke parking sangat sesak. Kanda yang hangin terus buat u-turn dan end up kami sampai di Berjaya Times Square. Hehehe...
  • Bila dah sampai BTS, baru saya perasan yang saya terlupa bawak RingSling saya. Sangat mencabar nak kena dukung budak 11 kilo tanpa RS. Bila letak bawah dia berlari pulak ke sana ke mari. Lagi mencabar nak kejar dia. Last2 Kanda ajak balik walaupun baru sejam je kat situ. Apa lagi, mengamuklah budak kecik ni...
  • Nak pujuk si kenit, kami belikan dia Happy Meal. Lepas tu kami terus ke Nilai 3 konon2 nak belikan mainan utk dia.
  • On the way nak ke Nilai 3 (kami ikut jalan belakang dari Bukit Mahkota), tiba2 ada satu kawasan berkabus tebal sampai tak nampak jalan. Panik gila. Nasib baik tak ada kereta kat belakang. Kanda terus ke kiri dan berenti kejap kat tepi jalan. Tapi scary yang amat. Macam masuk twilight zone @ alam lain pulak rasanya. Sapa yang biasa ikut jalan belakang ni sure tau sunyi je kawasan ni. Teringat2 pulak cerita 'The Fog' & 'The Mist'.. hoho..
  • Kami belikan basikal roda tiga yang ada handle untuk tolak kat belakang tu untuk si kenit, walaupun dia tak reti nak kayuh basikal lagi. Kaki pun tak berapa nak sampai kat pedal. Hahaha.. Tapi takpe, nanti Mama boleh tolak dia keliling kawasan rumah.
  • Dan kami jugak ada belikan gitar kecik untuk dia 'jamming'. Ahaks.. Bukannya apa, asyik nak masuk bilik Pak Su Wun dia untuk tengok gitar, so kita belikan dia gitar sebijik. Lepas ni kita beli drumset pulak ya. Tapi Mama lagi suka kalau dapat beli Rockband bundle. Hehehe..
  • Sejak duduk Bangi dalam seminggu ni, antara rutin harian ialah kena bukakkan tv + ps3 untuk Aliff. Walaupun dia tak reti main, tapi dia suruh bukakkan dan pegang sixaxis tu macam dia terer main je.. Jadi, tiap2 kali lepas Mama bukak tv + ps3, Mama akan search 'Backkom' kat Youtube. Lepas tu biarkan dia excited tengok Backkom tu sambil tekan2 controller yg tak connected pun.. Hehehe..
  • Poor my MIL, she got warded during Raya Korban due to diarrhea and vomitting. Hari Sabtu pergi melawat tapi rupanya tak boleh bawak baby masuk. So I have to wait outside tunggu Kanda melawat mak dia. Apa pun, harap Mak sudah sihat seperti biasa. Rasanya hari ni boleh keluar wad, Insya Allah...
  • Balik Batu Caves, nak makan tapi semuanya lauk daging. Kiri daging, kanan pun daging. Sudahnya petang tu saya makan nasik dengan 3 jenis lauk daging - masak gulai kawah, masak rendang dan juga sup gearbox. Saya rasa dalam badan saya dah penuh lemak2 tepu. Tapi sup gearbox tu memang sangat sedap. Saya makan berkali2. Hehehe..
  • Hari Ahad adalah hari makeover bilik. Dari pagi saya dan Kanda bertungkus-lumus mengemas dan selagi boleh sedut segala habuk yang ada. Saya harap Kanda tidak lagi sesak nafas tinggal di sini. Dan mudah2an asma tu hilang cepat2 ya..

No comments: