Wednesday, July 8, 2009

Hands Up!!!

Haip! Jangan bergerak!
Angkat tangannnnn....





Dah semakin stabil berdiri..
tak lama lagi bolehlah berjalan pulak ;)

Wednesday, July 1, 2009

Aku & Parking

Kali ni aku nak mengimbau kenangan pasal kisah2 yg berkaitan dengan parking..

Kisah 1
Aku selalu lupa parking kereta kat mana.
Banyak kali lah..
Aku penah park kereta kat level lain, pastu melilau cari kereta kat level lain.
Punyalah nyanyuk!
Bab park kereta kat belah kanan, pastu menonong je jalan ke belah kiri, yang tu tak payah kiralah.. dah selalu sangat jadi..
Kesian betul..
sebab tu aku selalu parking kat tempat yang sama je..
atau dekat2 dengan entrance yang aku familiar.. hehe..


Kisah 2
Ini kisah panik.
Memang panik nak mampus.
Satu pagi aku ke Midvalley, janji nak tgk wayang dengan member.
Nak masuk parking, aku turunkan tingkap kereta.
Pas amik tiket, aku tekan lah nak tutup balik tingkap.
Alamak, benda alah tekan tu patah, aku x boleh tutup tingkap kereta!
Alamak, alamak, alamak.. aku panik..
macam mana ni? Apa nak buat?
Aku park kereta, pastu aku gamble je..
Aku main panggil je ada sorang mamat Indian yg hensem yg kebetulan tgh lalu kat situ (serius hensemmm.. ala2 pelakon Bollywood... nampak educated lagik.. kalo aku x panik musti aku dah cair2 ckp ngan dia)..
Dengan muka cuak gila, aku ckp aku tak boleh tutup tingkap + mintak tlg dia tgkkan..
Pastu dia pun tolonglah tgkkan, siap bukak panel kat pintu tu semua..

Dipendekkan cerita, tingkap dpt tutup..
tp dia pesan kat aku jgn bukak tingkap tu dah..
Aku macam tak terpikir apa just ckp thank you kat dia..
igt nak belanja makan ke apa tp dia mcm tgh rushing pastu aku pun tak terigt nak tanya nama ke apa ke..
Apapun, terima kasih inchik sebab menyelamatkan hari saya! :D


Kisah 3
Ini kisah yang panik jugak.
Panik dan agak bangang... ooppsss.. aku maksudkan aku lah..

Masa tu aku keja kat kompeni lama..
ada projek kat client's office..
(nama company, client + tempat terpaksa dirahsiakan atas dasar menjaga keharmonian)..
biasa aku parking kat open parking, 1 hari rm5.50 kalo x silap, aku pun dah x igt..
pastu dgr budak opis tu citer, dia selalu parking dlm building..
pastu kalo balik after 8.30 mlm, dah tader org jaga parking..
kalo tak sejam je dah rm2.50 kot...
jadi parking kira FREE lah..
sapa yang taknak benda FREE kan?
so aku pun pakat2lah dgn sorang member opis aku nak parking dlm building esoknya..

Dah lepas 8.30 mlm, kami pun nak balik..
Aku sound kat member aku,

Aku: eh betul ke x kena parking ni.. aku ada rm10 je ni tau..
Member: betul la kot.. dah [XXX] cakap mcm tu.. aku pun ada baper hinggit je ni..


agak cuaklah jugak..
rupanya mmg kami patut cuak.. sebab ditakdirkan masa nak kuar tu, tukang jaga kat booth bayar parking tu ada lagi x baliklah pulak...

aku dah panik..
aku tgk member aku selamba je bayar (keta dia depan keta aku)...

sampai turn aku..
aku bagi tiket. budak tu punch2.. tu dia.. rm22.50..
aku tepuk dahi..

aku: alamak dik.. duit tak cukup.. takleh diskaun ke dik..
adik parking: mana boleh kak..
aku: kalau akak naik atas pegi atm kejap bleh tak? (muka cam nak nangis dah ni.. oh yer kat building atas ada atm machine)
adik parking: ... (tatau nak respon apa)


tiba2, aku nampak member aku turun dr keta.
seb baik dia tak terus jalan, dia berenti keta kat depan tu kejap.
datang hulur duit kat aku.
ahaha..

terima kasih enchik faizal, andalah penyelamat saya!!!
(jasamu ku kenang sampai bila2.. tp kalau ko halalkan duit parking tu lagi kukenang)

dan lepas tu tak pernah sekalipun kami parking kat dalam building lagik.. ahaha..


Kisah 4
Satu petang yang damai.. office hour dah habis..
aku pack2 barang, nak turun pegi parking..
tiba2 hubby call,

"Jalan jem, kanda sampai lambat sket kot.."

Aku tersengih. Baru aku teringat yang hari tu hubby yang drive, aku x bawak kereta.
Nasib baik aku x melilau cari kereta kat parking. Hahaha..


Kisah 5
Petang Jumaat. Dah dekat pukul 7 pm.
Aku park kat B2..
kat building nih Jumaat 7pm - Isnin pagi diorg tutup level B2.
So aku kena alih kereta.
Aku pun alih ke level atas. P1 kot.
Dah setel2 semua, nak balik.
Tak sabar nak balik ni, dah lambat sangat.
Aku reverse, pastu straight je naik ke level atas.
Lepas tu aku tepuk dahi sambil gelakkan diri sendiri.
Apesal aku naik ke atas pulak, nak exit kena turun ke bawahlah..
dah biasa parking kat basement, so bila park kat level atas, time nak keluar pun aku naik ke atas balik.. Hahaha.. bengong betul..


Sekian kisah2 parking yang tak menjana minda langsung.
Harap terhibur :)