Thursday, March 25, 2010

maaf ya

Last weekend pegi tgk belon panas kt putrajaya. Dlm dok sibuk tgk hot air balloon tu aliff lak sibuk excited tgk belon yg ada rupa mickey mouse tu. Ramai gak bdk dok pegang. So igt nk belikan satu utk aliff. Cari sana-sini x jumpa lak org jual belon tu. Last2 nampak 1 brader tgh dok pegang belon byk2. Ada la budak dok kerumun dia and dia pun dok bagi2 belon tu. Aku pun pegi kat dia...

Bang, belon ni satu brp?

Eh saya tak jual belon. Ni anak2 sy punya...

Oppss... Maaf ye bang...

kesian brader tu kan. Mana la nak tau anak dia ramai... Hehehehe...

Tuesday, March 16, 2010

Sunday, March 14, 2010

Peminangan DItangguhkan...

Hari tu aku ada mention kan, nak beli kereta baru.
Exora, to be exact.
Mula2 plan asal nak amik awal tahun, tp lepas tu kensel.
Tak ingat pulak apa sebabnya.
Lepas tu plan nak amik hujung bulan ni pulak.
Kanda siap pening2 (konon!) nak pilih kaler apa.
This time aku biar dia je decide sebab ni keta dia, takkan la aku nak paksa2 lak suh amik kaler yang aku suka.
Tapi kalau boleh, sila la consider kaler Solid White tu yer yang, I macam berkenan, tp kalo malas basuh jadikla macam kaler Grey plak kang..

Lepas sembang2 ngan Kanda, entah macam mana macam banyak pulak benda lain nak kena consider.
First, adik ipar aku nak kawen bln 5 ni, adik aku pulak dlm bln 10 nnt, so mesti kena support sket dr segi kewangan kan..
Second, nnt dlm bln 8 aku nak beranak, so aku akan cuti 2 bulan TANPA GAJI. Part ni paling seksa lah. Mana nak cekau duit. So kena la start saving dr skang utk cover 2 bln gaji tu nnt.
Kalau amik Exora la ni, duit mmg takde lebih, nak save pun tak banyak.
Sangat la tinggi risikonya.

So Kanda came out with a suggestion.
Kitorg tangguh dulu la amik Exora tu.
Maybe dlm bulan 7 nanti baru amik kot.
By that time, duit yg consider nak byr duit keta bln2 tu bleh la buat saving kan.
At least ada la gak sket, dari takde langsung.
Buat sementara ni, boleh je naik Tornado aku tu dulu :)
Aku pun setuju je lah, sebab yg pentingnya ada orang hulur duit.. hihihi...

So, yang.. kita amik Exora tu dlm bln 7 nnt, consider birthday present untuk saya lah yer..

Eh, tapi kalo bulan 7, sempat tak nak plat no WWW ek?

Wednesday, March 3, 2010

Catatan Pagi Hari

Pagi ni ada mock-up interview utk CMMi..
Aku punya turn dalam sejam lagik..
kecutnya perut macam nak amik exam..
ntah apa2 lah yang aku jawab nanti..
oh tensen..

Tghari nanti nak kena pi site..
baru je bercadang nak balik awal..
iyelah since dah tak terikat ngan time keja ni, rasa mcm best boleh datang dan balik ikut suka hati..
tapi so far, tak penah lagi balik awal rasanya..
mesti melangkau kul 6 lebih jugak..

Kalau esok & lusa takde apa2 hal, Insya Allah dok kat umah je..
so maknanya, maybe malam ni balik lepak Bangi sampai weekends..
Seronoklah budak kecik ni boleh berkepit ngan mama dia..
seronok? ntah2 dia bosan tengok muka sememeh mama dia ni haa..
hehehe..

Lately macam dah ok sikit..
tapi still muntah2, tak kira masa..
yang penting, aku tak boleh berpanas sangat..
panas over sikit, mula lah rasa nak pitam..
dan takleh buat keja angkat2 benda..
dukung aliff over sikit pun terus semput..
dasat gak pembawakan kali ni, padahal baru je 4 bulan..
penatnya mengalahkan aku pregnant 7, 8 bulan dulu...
terpaksa lah redha je..

Oh baru teringat patutnya semalam aku kena pegi maternity check-up..
tp since dok kat batu caves, mungkin akan dipostponed ke malam esok..
kalau tak silap kena check darah..
maybe bawak aliff sekali sbb jab utk 1 1/2 tahun pun tak buat lagi..
bersiap-sedialah budak kecik tu meraung..
dia ni skang kalo mengamuk over sungguh..
haii budak manja la katakan..
macam mana lah time dia dah ada adik nanti..

Oklah, nak kena prepare gak baca skit2.. apa2 yg patut..