Saturday, December 11, 2010

Blog Yang Terabai

Dah lama sgt tak update, sejak dari belum bersalin lagi. La ni budak tomei ni dah nak masuk 4 bulan dah.

Banyak gak nak story sini, tapi mcm takde idea nak susun ayat, gambar, etc... Dan tak ada mood jugak. Ni pun berblog dari hp di kala dua budak tomei sudah tido.

Oklah, sebagai peringatan utk diri sendiri, ni mungkin akan menjadi entry akan datang:-

- kisah kelahiran anak kedua
- kisah raya
- kisah besday hubby + anniversary
- kisah kawen + kenduri adik
- kisah anak2
- kisah kerjaya

Sekian, terima kasih :)

Tuesday, November 2, 2010

GA..GA..GAGAP

Satu perkara tentang diri aku yang mungkin sesetengah orang perasan ialah aku kadang-kadang menjadi gagap.

Ya, aku tak tipu.
Walaupun masa sekolah rendah aku join team perbahasan, masuk pertandingan bercerita, mengaji, blablabla (helloooo masa sekolah rendah punya cerita pun nak eksen ke!), tapi di masa sekarang inilah satu masalah aku.

Aku salahkan sikap aku yang tak banyak bercakap, maka apabila sesekali bercakap aku dah jadi tak reti nak susun ayat. Otak berpusing nak pilih perkataan yang sesuai nak dikeluarkan dari mulut. Maka tergagap2lah aku bercakap.

Tuesday, October 26, 2010

He's Growing Up!

Finally, we sent our Little Boss to nursery!
It was ugly at first, but now he's adapting.

I've realized a few changes since he went there:-

  • Dah semakin pandai bergaul & tak takut orang. Before this, kalau orang datang rumah @ pergi rumah orang lain je menangis. Sekarang still ada sikit, tapi dah tak teruk sangat. Dan kalau dulu takmau tegur orang @ main dgn budak2 lain, sekarang dah pandai berkawan & main sama2 dgn bebudak lain. :)
  • Time tidur sudah berjaya diadjust. Aliff sudah tido awal sekarang. Kalau dulu time tido around 2 am, now kul 12 biasanya dia dah tido. Yahoo!
  • Nampak independent sikit. Eh wait.. Really?~ Yeah, tapi sikit sangat. Still clingy ngan Mama dia.
  • Ada a few things dia belajar. Before this JARANG dibuatnya, such as salam & cium tangan orang, babai orang, and yang kelakarnya ketuk pintu. Hehe..
Hopefully the positive things keep on coming. Even the slightest bit makes me proud of you, my dear!

Budak baru balik taska. Comey tak? Haha

Sunday, September 5, 2010

Kenapa Saya Tak Suka Mencarut

Tetiba je aku teringat satu kisah time study kat MMU dulu.
Tatau apesal. Tapi asyik teringat pasal tu je.

Masa tu ada satu subject ni, Seminar.
Ni kira macam public speaking lah.
At one time, each students dapat a topic untuk presentation.
Tiap2 orang dapat topik lain2lah, xde yang sama.
So pandai2 laa cari isi sendiri, and nak present macam mana.

Aku dapat tajuk 'The Evolution of Integrated Circuit'.
Aku macam agak semangat laa buat research cari isi, pastu buat slides cantik2 suma..
Lepas tu sampai laa turn aku kena present.
Oh ya.. presentation buat kat lecture hall ok, depan semua students yang amik subject tu.
So koman2 pun ada laa dlm 100 orang yang akan tengok ko present.
Nak dijadikan cerita, time aku kena present tu, tetiba lecturer cakap kat suma orang...

"Ok, now your task is to create 3 questions regarding this topic, and then submit the questions to me."

Aku macam dah gabra dan panik..
Ye la, selama ni org lain present suma budak bukan pay attention sangat..
lepak je sembang2 la ape laa..
so bila lecturer dah ckp camtu ape lagi, tetiba je suma orang pay attention.
Lecture hall senyap sunyi.
Suma dok tunggu aku start present.

Aku pun dgn cuaknya (dan muka nak menangis gak ni) start laa..
sambil cakap sambil tunjuk slides.
Memula cam gabra2, pastu lelama confident sket..
Agak smooth laa di situ..
Bebudak lain pun suma senyap je, pay attention la konon. Haha..
Aku pun agak kembang laa idung sbb rasa cam VIP lak.. ahaha..

Sekali tu, tetiba camana ntah slide aku sangkut.
Dan on the spot, tetiba je terkeluar dari mulut aku,

"Oh, shit!"

Korang boleh imagine tak..
Lecture hall yang sunyi, dengan aku sorang je yang bercakap, pakai mic lagi okeh..
Dan2 tu jugak bdk2 klas tu masing2 macam.. "wooohhh.. oh shit..."
Aku terpaksa control godek2 balik slide, and continue macam tader apa2..
tapi aku rasa speed aku bercakap dah meningkat 2x ganda laa.. hahaha...
dan takde perasaan sebab macam nak cepat2 abis dan duduk balik..
Gila kan...
Nasib baik laa lecturer tak cakap apa2...



Tapi serius pastu member aku cakap..
aku punya muka macam dah nak nangis.. Maluuuuuu....
ahahahhaha...

So moral of the story, jangan laa selalu sebut benda bukan2..
kang tetiba ko melatah ke, tersasul depan ramai orang ke...
sapa yang malu? Kooooo jugakkk!!!
Tapi kan.. nasib baik aku tak mencarut words yang teruk2 gak..
Camana pun, lepas tu memang aku jaga sket laa mulut aku..
paling2 teruk pun kuar 'bodoh' atau 'bangang' je..
Percayalah!

Thursday, August 12, 2010

[30 Days of Truth] Day 02 → Something you love about yourself.

Okeh, saya ngelat...
Sempat buat satu entry je..
pastu bz x hingat okeh..
plus jrg2 bukak laptop..
nak blog dr hp memanglah x syok..


Ok, let's proceed..

Something you love about yourself

Apa yer?
Saya bersyukur dengan semua kurniaan Tuhan..
Boleh tak buat entry camtu je?
Ngelat kan? Ahaha..
Ok2 start balik..


1) Awet Muda
  • Ramai orang kata saya awet muda @ nampak muda dari umur sebenar.. Betul ni tak tipu.. dah banyak kali dah tau..
  • Antaranya, sila rujuk previous post...
  • Masa kat first company, ada sorang member (YOU KNOW WHO YOU ARE) komen dia tak pecaya umur saya, sebab nampak muda..
  • Masa mula2 masuk keja S***, masa tu umur saya 28 tahun.. Tapi ramai ingat umur saya baru dlm 23, 24 thn camtu.. hebakkkkk kannn...
  • maka ramailah yang membahasakan diri diorg as 'akak' walaupun hakikatnya ada yg lagi muda drpd saya.. wakaka..
  • Mungkinkah sebab masa tu saya still belum kawen + masih berperangai kebudak2an, serta banyak melepak dgn budak2 muda?


2) Simple
Simple in terms of what?
  • Walaupun saya boros dan suka shopping, saya tak kesah dgn handbag + kasut brand mahal2 tu semua. Asalkan berkenan saya beli, walaupun jual kat pasar malam rega rm5 saja..
  • Sama gak ngan baju, balik2 kaler itam, coklat..
  • Makan.. fussy sket.. makan memilih.. tapi kalo takde choice, lauk yang paling sedap adalah lauk sardin.. kan ke simple tu..
  • Tak mekap, tak pakai barang kemas.. gelang + cincin kawen tu semua simpan buat reta je.. hehe.. kalo org nak rompak pun kira tader apa laa.. kosong je..

3) Suka eksperimen
Maksudnya...
  • Suka try makan2.. kalo ada benda baru, ada peluang Insya Allah pegi try
  • Suka try masak2 resipi baru (tapi akan cari resipi yang senang gila je.. haha)


4) Tak kedekut
Saya suka belanja orang.. percayalah..
tapi ikut mood.. ikut situasi kewangan..
kadang2 takde sebab pun nak belanja orang, tapi terasa cam nak mengabiskan duit tu, so saya belanja laa dia.. hahaha..


5) (Used To Be) Workaholic
Err.. I wish I can be as workaholic as before..
I am passionate about my job..
Yes I love programming, walaupun masa study dulu kalo boleh memang nak elakkan sangat2 involve in programming...
But somehow I endup being a programmer, and only then I know how much I love programming.. (ayat jujur atau ayat sarcastic kah ini?)


6) Family Comes First
Whatever it is, I'll make sure my family is at the top of my priority list.
I'd rather spend the weekends with my little kids instead hanging out with friends.
But don't get me wrong, I am a person as well.. I also need sometime for myself.


7) Suka cakap berterabur
Haha seriously this is what i love about myself!
Sebab secara otomatik, people find out that I am actually a funny person.
So tapayah susah2 buat jokes ke ape ke.. ahaha..


Oklah, mcm takde idea la pulak..
keja dah setel.. Nak balik.. tata..


Sempena bulan puasa, nak tepek gambar makanan.. Hehe..
Ni antara eksperimen masakan saya
Bukan mi kari okeh, tp spaghetti..
Hubby saya suka letak kuah byk2 sampai banjir... :)

Friday, August 6, 2010

[30 Days of Truth] Day 01 → Something you hate about yourself.

Ok, I guess this thing semua orang pun tau.
Not only myself je yang menyampah pasal benda ni, semua orang pun menyampah kot.
Hehe..

1) I am a bad-tempered person, and over-sensitive too...

I am easily annoyed by little things, especially when I already planned for something,
and it turns out not like what I want it to be.

When things supposed to be easy and then ada some hiccups here and there, that'll ruin my day.

When someone made promises to me and they didn't keep it, I'll be mad like they're no friend to me anymore.

When someone said something that really gets me on my nerves, I may forgive him but I'll never forget.

But, it takes about few minutes only to cool down.
You only need to let me be alone, all by myself, and I'll be cool..
And don't mention about the thing again, unless I wanted to.


Next!

2) BOROS

Ok, being a woman, especially with little kid, I guess being BOROS can be forgiven sometimes. Haha.. Most of the times I spent a lot for my little boy, especially clothes and toys (alasan). Dan saya juga sangat suka abiskan duit kat bab Jalan2 Cari Makan. :)


3) LACK OF CONFIDENCE

Ini tak tipu. I think I can achieve more if I have self-confidence.
I'll step up instead of being a follower.
I'll try to achieve my dreams instead of keeping on dreaming about them.


Cukup tak 3 ni je..
kalo banyak2 sangat abislah terbongkar semua rahsia I...
Hehehehe...

30 Days of Truth

It's been a long time since I've updated my blog.
Banyak cerita sebenarnya, cuma malas dan takde masa nak mengadap blog.
Busy with life, work, Little Boss, my pregnancy, etc, etc...

But.. I came across this post and rasa macam interesting nak buat jugak :)

So for 30 days every day I have to write something according to the below:

Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.
Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself


I am not sure whether I am able to write for 30 days berturut2, but let's give it a try.
Hehe..

Tuesday, May 18, 2010

Saya & Mekap..

Dah lama tak shopping make up..
Sebabnya yang ada pun tak abis2, jarang benar pakai.
Dulu aku suka beli yg jenis palette, dlm 1 palette tu ada banyak colour terus.
Macamlah nak pakai semua kan..

Masa aku study A-Level dulu, yes.. aku rajin tepek2 kat muka.
Paling kurang pun tepeklah bedak, lipstick + mascara..
kalau rasa nak over2 sikit, siap ngan eyeliner + blusher uuuu...
Yang jadi mangsa tolong linekan mata aku ialah Cik Liana Azura..
hehehe.. sebab dia memang terer bab2 mekap ni..
yang rajin buat eksperimen kat muka aku plak, Teh la..
Kalau aku nak mekap sendiri, memang sememeh la jawabnya..

Bila study kat MMU plak, sorilah aku nak mekap2..
sebabnya nak kena jalan pegi klas, panas wohh nanti mekap cair..
so biasanya just tepek bedak + pakai lip-balm..
kalau gi dating laa baru melawa sikit (kot)..
hahaha..

Bila dah start keja plak, yang wajib cuma bedak + lipstick..
tu pun kadang2 tak pakai lipstick..

Tapi lately ni, masa tgh pregnant ni, ada masa2 aku sukaaaaa sangat nak mekap2..
Satu benda yang aku jumpa sesuai sangat ngan muka aku ialah benda ni:-


Yes, I love this cream very2 much!
Mula2 saja nak test..
Before this aku penah beli BBCream yg made in Korea punya, tapi tak sesuai dengan aku (walaupun positive feedbacks yang aku baca kat internet pasal cream tu punyalah banyak)..
But this one, aku perasan kulit aku dah kurang sangat berminyak(except kat hidung still lagi sket2).. kulit rasa licin + smooth je.. walaupun aku just tepek bedak baby biasa je lepas tu.. hehe..
Sangat sesuai utk orang pemalas macam aku sebab considered as moisturizer + make up base + foundation gitu.. Bau pun wangi..

Lepas sapu cream ni, aku just apply bedak je..
kalau aku terlebih rajin, aku pakai Loving Minerals punya foundation.
Aku suka sangat yg ni, Lumiere Light-Beige.. sebab aku rasa macam glowing sket muka..
hahaha..

Perasannyaaaaaa.....
Hahahahahhahahahahaha....

Lepas tu kalo terlebih rajin, sapu blusher plak..
Monave from Loving Minerals gak..
blusher ni best, sebab bleh jadik foundation + blusher..
tapi kalo tepek satu muka kang terover merah plak..

Lipstick, tak tentu.. ikut mood..
sebab aku tak memilih sangat..
asalkan kaler cam coklat2 cukup..

Itu je lah pun yang aku pakai..
Mascara, dulu rajin, sekarang.. apesal tah aku tak pakai..
tp kalo nak pakai, aku suka pakai yg warna coklat..
eyeliner pun..
eyeliner confirm tak pakai sebab aku tak reti nak apply..
kang sememeh je.. byk kali dah praktis tapi tangan tetap gigil2..
hahhaa..

Sebenarnya aku saja je nak cerita pasal makeup Loving Minerals aku dah nak abis...
kot2 ada yang nak belikan.. kira hadiah 'Mother's Day'.. bleh tak?
paham2lah ya siapa yang berkenaan.. ahahaha..

Thursday, April 15, 2010

My New Life as A WAHM

Once upon a time, I am sooo desperate to become a stay/work-at-home-mum.
Now, I got the opportunity to become a WAHM and i'm not sure whether I love it or not.

Dah start since last month, tp oleh sebab last month sangat bz, almost everyday datang jugak ke opis.
This month macam dah free sikit, so dalam seminggu maybe 2,3 hari je aku gi opis.
The rest dok umah je. Dtg opis pun not necessary full day.
Sangat bahagia rasanya... Hehe..

The good thing is I got to spend time with si budak kecik pengarang jantung,
dari celik mata sampai la time tido...
Letih, tapi best..
But ada masanya, menjerit2 gak aku ngan budak kecik ni, sebab lasak yang amat.
Anak aku ni manja(read: ngada2) semacam ngan aku..
Even my parents and my MIL said, kalo aku takde kat umah, keja.. takde laa plak dia macam ni..
elok je bleh main sorang..
tapi kalo aku ada kat umah, semuanya nak aku yang buat..
suh berdukung laa, kena teman dia main laa, kadang tinggal kejap nak pi bancuh susu pun meraung macam kena tinggal tepi jalan..
Alahaiii anak omak oiiii...
Agak payah laa jugak nak masuk dapur utk memasak (alasan!)..

Kalau time aku tak pi opis and stay kat Batu Caves, takde masalah sangat sbb kalo letih bleh mintak tlg org lain tengok2kan kejap.
Tapi kalau kat Bangi, sorrylah.. memang aku kena ngadap dia fulltime..
Kadang nak pi toilet je pun agak payahlah..
Part tido petang pulak, kalo aku takde, elokkk je kul 2 pm tu dah lelap.
Tapi kalo aku ada, kadang sampai kul 5 pm tu dok berlari sana-sini lagik..
Aku laa plak yang terlepek macam kain buruk.. Hahaha..

Tambah plak tak lama lagi nak kuar lagi sorang..
Banyak kali gak aku sembang2 ngan Aliff cakap yang nanti dia nak dpt adik..
Tapi dia ni ntah paham ke idak...
Tak kesahlah, sementara ni layan laa dia puas2 dulu..
lepas ni bz ngan baby baru, harap2 dia tak terasa ditolak ke tepi..
I hope I will love them equally, fair and square..

However, we've been thinking of hiring a maid..
sebabnya sekarang ni.. kalau hari2 aku kena ke opis, kami kena balik Batu Caves sebab takde sapa nak jaga Aliff...
at least kalo ada maid, takyah nak ulang-alik lagi..
bleh laa stay Bangi full time..
and maid bleh temankan MIL jugak..
especially bila my BIL dah kawin nanti, takkan nak biar MIL tinggal sorang2...
Kalau aku ada kat umah pun, maid bleh tolong buat keja umah + tgk2kan anak time aku masak (konon!)..

Oh BTW, my hubby said.. aku ni jenis tak sesuai jadik fulltime housewife..
Sebabnya aku dah biasa kerja, I am quite a workaholic so kiranya bila dok umah tu aku cam jadik tak betul sket. Dan aku juga seorang yang agak tidak penyabar..
Kat umah tak ngadap coding, takde org nak sembang (sembang pun dengan anak je) dan takleh cuci2 mata kat shopping complex.
Dia rasa aku lebih sesuai jadik wanita berkerjaya.. Haha..
Tapi seriously, aku happy dengan life sekarang (minus the ulang-alik part)..
Best woo takyah gi opis hari2.. Silalah jeles dengan saya.. Hihi..
However, I hope that we can get a maid ASAP, so that takdelah nak risau sangat time2 aku kena gi opis..

Sekian bebelan untuk hari ini. :)

Thursday, March 25, 2010

maaf ya

Last weekend pegi tgk belon panas kt putrajaya. Dlm dok sibuk tgk hot air balloon tu aliff lak sibuk excited tgk belon yg ada rupa mickey mouse tu. Ramai gak bdk dok pegang. So igt nk belikan satu utk aliff. Cari sana-sini x jumpa lak org jual belon tu. Last2 nampak 1 brader tgh dok pegang belon byk2. Ada la budak dok kerumun dia and dia pun dok bagi2 belon tu. Aku pun pegi kat dia...

Bang, belon ni satu brp?

Eh saya tak jual belon. Ni anak2 sy punya...

Oppss... Maaf ye bang...

kesian brader tu kan. Mana la nak tau anak dia ramai... Hehehehe...

Tuesday, March 16, 2010

Sunday, March 14, 2010

Peminangan DItangguhkan...

Hari tu aku ada mention kan, nak beli kereta baru.
Exora, to be exact.
Mula2 plan asal nak amik awal tahun, tp lepas tu kensel.
Tak ingat pulak apa sebabnya.
Lepas tu plan nak amik hujung bulan ni pulak.
Kanda siap pening2 (konon!) nak pilih kaler apa.
This time aku biar dia je decide sebab ni keta dia, takkan la aku nak paksa2 lak suh amik kaler yang aku suka.
Tapi kalau boleh, sila la consider kaler Solid White tu yer yang, I macam berkenan, tp kalo malas basuh jadikla macam kaler Grey plak kang..

Lepas sembang2 ngan Kanda, entah macam mana macam banyak pulak benda lain nak kena consider.
First, adik ipar aku nak kawen bln 5 ni, adik aku pulak dlm bln 10 nnt, so mesti kena support sket dr segi kewangan kan..
Second, nnt dlm bln 8 aku nak beranak, so aku akan cuti 2 bulan TANPA GAJI. Part ni paling seksa lah. Mana nak cekau duit. So kena la start saving dr skang utk cover 2 bln gaji tu nnt.
Kalau amik Exora la ni, duit mmg takde lebih, nak save pun tak banyak.
Sangat la tinggi risikonya.

So Kanda came out with a suggestion.
Kitorg tangguh dulu la amik Exora tu.
Maybe dlm bulan 7 nanti baru amik kot.
By that time, duit yg consider nak byr duit keta bln2 tu bleh la buat saving kan.
At least ada la gak sket, dari takde langsung.
Buat sementara ni, boleh je naik Tornado aku tu dulu :)
Aku pun setuju je lah, sebab yg pentingnya ada orang hulur duit.. hihihi...

So, yang.. kita amik Exora tu dlm bln 7 nnt, consider birthday present untuk saya lah yer..

Eh, tapi kalo bulan 7, sempat tak nak plat no WWW ek?

Wednesday, March 3, 2010

Catatan Pagi Hari

Pagi ni ada mock-up interview utk CMMi..
Aku punya turn dalam sejam lagik..
kecutnya perut macam nak amik exam..
ntah apa2 lah yang aku jawab nanti..
oh tensen..

Tghari nanti nak kena pi site..
baru je bercadang nak balik awal..
iyelah since dah tak terikat ngan time keja ni, rasa mcm best boleh datang dan balik ikut suka hati..
tapi so far, tak penah lagi balik awal rasanya..
mesti melangkau kul 6 lebih jugak..

Kalau esok & lusa takde apa2 hal, Insya Allah dok kat umah je..
so maknanya, maybe malam ni balik lepak Bangi sampai weekends..
Seronoklah budak kecik ni boleh berkepit ngan mama dia..
seronok? ntah2 dia bosan tengok muka sememeh mama dia ni haa..
hehehe..

Lately macam dah ok sikit..
tapi still muntah2, tak kira masa..
yang penting, aku tak boleh berpanas sangat..
panas over sikit, mula lah rasa nak pitam..
dan takleh buat keja angkat2 benda..
dukung aliff over sikit pun terus semput..
dasat gak pembawakan kali ni, padahal baru je 4 bulan..
penatnya mengalahkan aku pregnant 7, 8 bulan dulu...
terpaksa lah redha je..

Oh baru teringat patutnya semalam aku kena pegi maternity check-up..
tp since dok kat batu caves, mungkin akan dipostponed ke malam esok..
kalau tak silap kena check darah..
maybe bawak aliff sekali sbb jab utk 1 1/2 tahun pun tak buat lagi..
bersiap-sedialah budak kecik tu meraung..
dia ni skang kalo mengamuk over sungguh..
haii budak manja la katakan..
macam mana lah time dia dah ada adik nanti..

Oklah, nak kena prepare gak baca skit2.. apa2 yg patut..

Wednesday, February 17, 2010

A Pause

I've stopped pumping officially...
Kind of sedih gak, but the doctor advised me to stop sebab aku ni macam teruk sangat time2 awal pregnancy ni..
Selalu exhausted, and kadang2 nak pitam..
So, mahu atau tidak, terpaksa stopkan..

Tapi, I still bfeed little Aliff time tido malam2..
and bila2 kalau larat..

Teringat la pulak, dulu everytime balik kerja je, Aliff tunggu depan pintu...
masuk2 pintu je dia ikut pegi peti ais..
pastu pass kan botol susu hasil pam hari tu kat dia..
dia pun dengan excitednya nak simpankan dlm peti ais..
kadang2 bebila dia suh bukak peti ais tu, saja2 nak tengok susu dia.. hehehe..
I miss that!

Nampaknya my Freestyle kena pencen kejaplah..
:)

Cuti Panjang Yang Tak Terasa Panjang Pun...

Kenapalah tiap2 kali cuti panjang, time itulah ada masalah kesihatan...
Kalau tak aku demam, Aliff demam, ataupun cirit-birit, ataupun Kanda selsema, etc2..
ataupun paling tak best poket sakitttttt....
maka tak dapatlah nak bercuti sakan..

Kali ni, ditakdirkan Aliff sakit perut cirit-birit hari Jumaat tu, pastu as usual kalau dia cirit-birit, mesti disertai dengan bon.tot melecet. Kesian dak kecik ni, sensitif sangat kulit dia..
Tapi nasib baik gak kami cuti, at least bleh laa bagi full attention kat dia (konon)..
So, Sabtu & Ahad tu, Aliff is fully on cloth diapers..
tahniah kat Papa dia yang sangat penyabar...
sebab aku time2 berbadan dua ni, memang tahap kesabaran sangat nipis..
tensen sket je, tolak ke Papa.. malang laki aku ni kan.. hehe..

Selain Aliff, aku sendiri tak abis alahan lagi..
biasanya orang kata morning sickness, tapi morning apekebendanya aku ni..
tengah2 malam pun boleh termuntah2 lagi..
apa nak buat terpaksa laa tahankan..
hopefully dalam seminggu dua lagi ok..
bab makan mak aihh.. sangat memilih okeh..
sampai tensen tatau boleh makan apa..
tapi kalau yang mahal2 macam teppanyaki ke kfc je burger king ke... tu boleh je telan.. hihihi..

Aku macam plan nak gi jalan2 hari Isnin tu, tapi check2 claim tak masuk lah plak..
so terpaksa laa kensel.. bermalas2an di rumah je la jawabnya..
oh hari Isnin diorg kaum lelaki di rumah pegi tolong family bakal menantu mak pindah rumah..
so aku lepak je kat rumah layan dak comel ni..

oh btw adik bongsu aku balik cuti kejap Sabtu - Rabu..
so Aliff tetiba macam sangat manja ngan Pak Su dia..
asyik nak main ngan Pak Su je..
padahal masa mula2 nampak bukan main teriak sakan.. :P

Hari Selasa, konon plan nak pegi Zoo Negara..
hahaha..
dah laa cuti Raya Puasa pegi Zoo, cuti Raya Cina pun nak pegi zoo jugak..
tapi last2 kensel, instead kami pegi membeli-belah di Jusco AU2..
sangat best sebab orang tak ramai, tak sesak.. dapat jalan2 dengan happynya..

tapi kan.. satu perangai Aliff sekarang ni, suka menjerit sekuat2 hati.. tak kira tempat..
so semalam, adalah 4, 5 kali dia menjerit masa kami tengah shopping tu..
tensen woh.. tu laa silap sebab pegi berjalan time tido dia..
mengamuk lah budak tu..

So shopping semalam, Papa dapat barang, Aliff dapat barang, Mama dapat.. hutang!
Hehehehe...
Hujung bulan nanti sila laa belanja Mama pulak ya...

Sekianlah cerita yang sangat tak best..
takde cerita apa pun..
tapi nak masuk blog jugak.. apelah~

Wednesday, February 10, 2010

The First Trimester

Pengalaman mengandung buat kali kedua...


The Good
- Hubby manjakan lebih2.. apa pun takyah buat.. takyah masak, takyah basuh baju, takyah dukung Aliff, takyah angkat beg, takyah itu, takyah ini.. I'm spoilt!
- Boleh cari alasan nak bermalas2an.. hahaha..



The Bad
- Tak suka gosok gigi (oh tapi wajiblah kena gosok gak kan.. kang semerbak harumnya bau mulut)
- No more ice-blended coffee.. lupakan Extreme Mocha... so silalah layankan ice blended yang chocolate ataupun frappes ataupun paling best cookies & cream.. alamak.. ni yg rasa nak lari pegi San Francisco nih..
- Kuar masuk bilik air.. kalo lah kat opis nih tandas awam yang sekali masuk kena bayar 20 sen, mau tiap2 hari seringgit duit aku abis..



The Ugly
- Time aliff dulu morning sickness je.. tapi this time.. tak kira masa lak..
Tensen tau tengah tido tup2 kul 2 pagi terbangun lari ke toilet sebab rasa nak termuntah.
Kalo time siang tu toksah cakap lah, ada hari yang sampai 2, 3 kali..
- Bab makan adalah sangat horror dan mengecewakan. Semua benda pun tak lalu makan. Jadi isu tiap2 hari adalah apa yang boleh dimakan pada hari tersebut. Kadang2 hari ni makan kuetiau goreng rasa sedap sangat, esoknya dah takleh nak bau langsung. Padahal exactly sama macam semalam punya.
- The temper. No need to elaborate la kot.
- Bab tidor. Sangat mengantuk di siang hari. Tapi time malam walaupun dok sakit2 kepala, letak kepala kat bantal automatik tak rasa nak tidor.


Tu je la kot dulu buat masa ni.. hehehehe...

First Official Checkup

Dalam 2 minggu lepas kot, pegi check up kat klinik..

Alhamdulillah so far semuanya ok, kira2 masa tu dah 10-weeks-of-pregnancy..
la ni kiranya minggu ke 12 la kot..

EDD 25/08/2010..
aha.. another August baby...
senanglah nanti bleh celebrate sekali je birthday dua2 juniors ni..
(Aliff's 11/08)

Aliff sangat penakut jumpa doc..
sejak dia demam teruk + kena cucuk amik darah tu, masuk bilik doc je terus melalak..
Masa aku checkup hari tu, dia plak yang lebih2 nangis..
padahal aku yang dok terbaring nak scan..
jenuh laa papa dia dok berdukung pujuk dia..
doc rasuah ngan biskut pun tak berenti nangis..
kelakar pun ada.. hahaha..

Perasan

Kisahnya....

Aku shopping baju Aliff kat JJ..
dok belek2 laa...
akak salesgirl(AS) tu tanya..

AS: Nak size apa dik?
Me: Err.. 3 tahun punya... (aliff baru 1 1/2 tahun tp dah kena cari baju 3 thn punya.. :P)
AS: Oh, size L.. budaknya umur berapa?
Me: Aaa.. baru 1 thn setengah.. tapi pakai baju 2 tahun pun dah kecik..
AS: Aa.. eloklah amik yang besar..


Pastu dok pilih2lah baju..

AS: Beli untuk adik ke?
Me: Eh, taklah.. beli untuk anak saya..
AS: Eh, laaa.. untuk anak ke.. ingatkan untuk adik..
Me: Eh, takdelah kak, umur saya dah 32 dah..
AS: Ye ke, laa.. nampak muda lagi haa..

Patutlah dari awal dia dok bahasakan diri dia makcik, aku nak panggil kakak je..

Aku takyah buat kesimpulan la yer.. hehehehe..

Friday, February 5, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Ready-ness

Am I ready for the 2nd one?

My mind says NO, but my heart says YES...

I remembered that masa kirim doa kat seorang kawan yang menunaikan umrah tahun lepas...

"Mohon dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna, apabila sudah bersedia..."


Yes, I did mention "APABILA SUDAH BERSEDIA"..

so, whatever happens, I believe, hubby believe... we believe that.. Allah knows best!

Syukur Alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanya...

Note: It is still too early to tell.. rasanya br dalam sebulan lebih, max pun 2 bln je kot.. masih belum lepas zon selamat.. dan semestinya can't tell whether it's going to be a girl or boy yet.. Mana2 pun, kami tak kisah... :)

ALZA? Not For Us

As mentioned before, we're looking for a new ride.
But due to certain circumstances, we decided to buy it only after i'm free of my Tornado car loan..
latest by somewhere in July...

Last few weeks, had a look of the new Perodua Alza.
Macam biasa, first thing hubby akan try duduk kat driver's seat... to test a few things:-

- ukur kepala jejak bumbung ke tak..
- ukur kaki cukup space nak strech2
- seat boleh tolak belakang sampai mana
- kaki sangkut kat stereng ke tak
- adakah dia kena mengecutkan badan kat driver's seat?

And the conclusion is, ALZA is just not for us (especially hubby)..
sebabnya, kaki dia tersangkut kat stereng..
surprisingly, dengan my Kelisa ok je, still ada space nak gerak2 kaki..
plus kepala pun just nice je..
unlike masa test drive Exora or Avanza, or even Citra..
pelik betullah..

Considering that the kids will inherit ketinggian my hubby, so we decided to say NO..

and I also feel so sempit duduk belakang.. rasa macam ALZA kurus sangat..

mungkin jugak sebab dalam hati masing2 dah jatuh cinta dengan Exora.. hehehe...

Monday, January 18, 2010

Kisah Si Peti Ais

Mak dah lama hint2 nak fridge baru...
Asal fridge penuh je, tak muat nak simpan barang, adalah sikit2 bunyi macam nak fridge baru yang besar sket.
Tapi sebenarnya bukan mak sorang je, aku pun kadang2 kalau dah takde space untuk simpan benda dalam fridge tu, aku pun bising gak..

Nak ditakdirkan cerita, pada satu hari, fridge pun rosak...
tiba2 dah tak sejuk..

Woh susahlah macam ni..
mana nak simpan semua ayam ikan daging udang semua tu..
not to mention susu si budak kecik ni..

Maka aku ngan hubby pun start operasi survey fridge..
tp survey je, sbb still taktau nak beli ke tak..

Tapi satu petang tu, 'ter'singgahlah pulak kat SenQ..
dan terjumpa satu fridge nih, terus berkenan..
mcm dah dub-dab-dub-dab..
kalau tak beli, mesti termimpi2.. serious..

So, aku pun call handphone ayah nak tanya..

Aku: Ayah, peti ais yang rosak tu nak hantar repair ke..
Ayah: Haah, nak repair, tapi nak kena bawak keluar dulu semua barang..
Aku: Nak beli baru tak?
Ayah: Ntah, taktau lah.. terpulanglah..
Aku: Ni ada kat kedai letrik ni, ada peti ais ni mcm ok.. igt nak beli..
Ayah: Ikut kau lah.. terpulanglah..
Aku: Hehe.. ok2.. belilah kot.. tapi jgn bgtau mak tau.. nak surprise2..
Ayah: Hehehe..


So pastu belilah.. tapi fridge tu esok petang baru antar umah..
lambatlah sikit..

Pastu kan.. petang tu kan..
balik2 buat2 berlakon laa..
tanya mak.. peti ais tu tak antar repair lagi ke..
mak ckp nnt dulu.. sbb nak kena kosongkan dulu fridge tu..

pastu malam tu nak balik bangi..
mak kuar pegi warta jap..
balik warta kami sefamily lepak2 kejap kat living hall..
pastu mak cakap, td nak ajak amie singgah kedai letrik sebelah warta tu, tapi kedai tu tutup..
aku plak buat2 tanya, mak nak pegi tgk peti ais ke.. hehe..

tak lama pastu, mak gelak..
mak ckp kat amie..
dah lah amie, mak tamau berlakon lagik laa amie..


pastu semua orang gelak.. aku plak keheranan..
pastu diorang pun citer laa..

sebenarnya masa aku call ayah petang tu, sebelum tanya pasal peti ais tu, ayah bagi aku sembang ngan si budak kecik ni.. aliff baru bangun tido masa tu..
so ayah pun put on speaker mode..
pastu kebetulan plak, mak ada kat belakang aliff..
so konon2nya yang aku ckp kat ayah, nak surprise2 tu, semuanya mak dengar..
hahahahhahahahaha...
hampeh betullah!

kelakar betul.. masing2 penat berlakon..
aku berlakon tak beli peti ais..
mak plak berlakon tatau aku beli peti ais..
hahahhaa...

so inilah peti ais yg aku belikan tu.. (kot, aku pun tak igt model apa tp camtu laa rupa dia)





niat di hati nak laa beli yg side-by-side tu.. tp paling murah adelah rm4k okeh..
so mimpi sajalah... :P

ok mak, surprise!!! :P