Sunday, August 30, 2009

Backcarry

Little Aliff sangat suka backcarry skang ni.
Tiap2 hari mesti nak kena dukung.
Pastu takleh dok setempat lak tu, kena bawak dia jalan sana-sini.
Jenuhlah jugak.. tapi kira okey laa sort of exercise lah bagi aku.
Yang tak tahannya kadang2 dia tarik rambut lah, cekik leher lah, gigit bahu lah..
adoiii laa budak kecik sorang nih..

Nih satu gambar tgh backcarry Aliff pakai RS..
yang pakai Mei Tai takde dlm hp sendiri la pulak.
Nanti kalo dah ada kang upload.

(Gambar kena censored sket sbb tak pakai tudung)



Oh btw siang tadi bawak Aliff pegi klinik utk jab sbb dah setahun.
Berat dia 9.6kg.. dah susut banyak woo..
Mana taknya, lasak yang amat budak sorang ni..
tak kesahlah asalkan sihat Alhamdulillah :)

Friday, August 28, 2009

Bohsia: Jangan Pilih Pelakon Kayu

Baru je abis layan.
Adik aku download.
Biasa je citer nih..
takde beza pun ngan Remp-It dan citer2 lain seangkatan dengannya.
Tapi penuh dengan pelakon kayu.
Hero tader rupa mat rempit pun.
Macam kelakar je.. Haha..

Yang tak kayu cuma Nasir Bilal Khan.
Salina Saibi okeh gak, aku tak penah suka tgk lakonan dia sbb biasanya cam over-acting sket. Tapi dlm nih okeylah, kira dia deserves laa Best Supporting Actress masa FFM aritu. Tapi apesal bukan dia yg heroin, sbb watak dia kira cam lagi menonjol dari Nabila tu.
Nabila okeh gak, yang aku suka sape mamat Acai tu, Shaheizy kot nama dia..
Yang lain2, kalo tak kayu, over-acting..

Tapi aku tgk gak sampai abis.. ahaha

Saya Sakit Gigi

Kelmarin start sakit gigi balik.
Rasa berdenyut2.
Masa berbukaa pun tak berapa lalu nak makan.
Makan pun kena kunyah slow2.

Sudahnya semalam aku terpaksa bersahur dgn quaker oat je.
Tak boleh nak mengunyah punya pasal.
Mula2 sakit sebelah kanan je, alih2 kat belah kiri pun sakit sekali.
Kepala pun terus sakit sekali.
Terpaksa decide jumpa dentist.

Nak pegi dentist pun bukannya senang.
Tengahari tu nak kena bagi si kenit ni tido dulu.
Nasib baik Kanda balik, dia pun tak berapa sihat.
Nih gara2 meredah hujan kat param kelmarin kot.
Dia cakap doktor bagi mc 2 hari.
Tapi aku mintak gak Kanda bawakkan aku ke dentist.
Mula2 igt nak pegi kat Selayang Baru tpt aritu, tapi tukar fikiran sebab teringat dentist kat situ garang. Nanti makin sakit aku. Haha..
So nak pegi kat Sri Gombak je lah, lagipun doktor melayu.

On the way, tayar pancit pulak.
Ntah mana datang ada kunci terbenam kat tayar.
Adehhh.. tensen betul..
nasib baik kedai tayar kat depan tu je..
nasib tak baik pulak kena tukar tayar baru..
dah laa baper bulan lepas baru je tukar semua tayar..
agak tertekan lah jugak, tapi nak buat camana kan..

Dentist yg dekat kedai tayar tu tutup la pulak.. break..
so pegi yang lagi satu..
nasib tak ramai orang, tp lama gak tunggu..

Pastu doktor check2.. kebas mulut kena bius..
rasa cam bengkak semacam je..
lama gak..
kesimpulannya yang belah kanan geraham bongsu aku nak kena cabut..
sebab dia tumbuh mcm senget kira tak cukup space..
tu yg jadi bengkak tu..
pastu yg belah kiri, yg lubang aritu dah kena infection.
yg tu plak nanti kena decide either nak kena cabut or buat root kernel.
Tapi kata doktor yang payahnya bab ubat lah..
since aku breastfeed Aliff, takleh nak bagi antibiotik biasa.
kena bg yg special tp slow laa kesan dia..
kira aku suffer laa dulu sakit gigi tu..
alahaiii bab tu yang tak sanggup tu..
tapi aku takleh stop menyusu Aliff..
dak tecit ni bkn nak minum susu formula..
so terpaksa lah redha je..

Lepas 3 hari kena dtg balik..
pastu dapat mc 2 hari..
bab nih best lah sebab campur lagi 3 hari dapatlah cuti 5 hari..
yihaaaa...
tapi takdelah best mana pun kalo asik dok menahan sakit je..
tadi nak makan pun punyalah susah..
rasanya memang kena makan bubur lambuk ajelah ni.. huu..

Sekian kisah saya yang sakit gigi..
Doakan lah gigi saya cepat2 sembuh ya.. :P


Gambar hiasan yang takde kena-mengena..
Anak bujang tengah goreng gitar mainan..
Rockstar in the house!

Monday, August 24, 2009

How I Met Your Father

I met my other half in an online forum.
Aku perasan la dia as a forumer kat situ, tapi seingat aku laa,
aku memang tak pernah communicate ngan dia.

Ada satu musim tu semua orang dok share YM id masing2,
aku pun letak gak tapi aku tak add sapa2 pun.
Tapi sesapa yg request utk add aku tu aku accept je.

Ramadhan tahun 2005.
26/10/2005 (yes i still remember the date)
Aku still keja kat tempat lama.
Masa tu memang rajin stay back.
Maklumla keja banyak.
Bulan2 puasa pun dok berbuka kat opis.
Malam tu sambil buat keja aku on gak YM.

Pastu dah bosan2 aku pun ingat nak layan Y!Pool.
Oh time tu aku memang kemaruk gak layan Y!Pool.
Agak terer lah.. haha..
Nak ajak member main tapi hampeh sorang pun tak online.
Maklumlah bulan puasa suma orang pi terawih kat surau kot.
Yang aku nampak online kat list tu cuma sorang je.

Aku pun YM dia..
"Hi.. u play pool?"

Aku still igt lagi, mmg tu first sekali ayat aku tegur dia.. haha..
pastu dia jwb ok..
tp ntah camana YM dia cam bengong takleh nak load lak Y!Pool tu..
aku pun dok guide dia tapi sampai ke sudah tak berjaya gak..
since dah takleh nk main game tu kami pun chat lah..

Lepas2 tu kami pun makin rajin berchatting via YM..
biasanya malam2 lah sbb time tu dia dok buat FYP dia..
konon2nya aku temankan lah..

First sms: 02/11/2005
First date: 19/11/2005


How was our first date?
It was simple. Putrajaya jadi saksi. Hehe..
I picked him up at Komuter Seri Kembangan (mines), then we headed to Alamanda.
Makan kat fudkot, sembang2 lebih kurang..
then pegi Taman Botani, lepak2 baca komik.
Lepas tu pegi Taman Warisan, pekena satay samuri sambil baca komik lagi.
Bila igt2 balik, memang kami takde bersembang sangat.
Macam.. malu2 laa kot.. haha..
But we still had fun..

Pastu I send him back to komuter. Balik..

My first impression?
Very polite, very shy..
and sangattttt tinggi..
rasa macam bawak bodyguard je jalan dengan dia :P

And then the story continues..
We got along really well, and to keep it short,
we got engaged in June 2006.
Tak sampai setahun pun kenal.
Pastu 24/11/2006, we got married.
Alhamdulillah...

Now dah 2009, almost 3 years of marriage.
Anak pun dah sorang.
Insya Allah akan bertambah lagi.. :)

I am thankful that I did share my ID in the forum,
and that he added my ID to his friend list,
and that he was online that night,
and that I asked him to play Y!Pool,
and that we chat afterwards days and nights,
and that we exchanged our numbers,
and that we went out for our first date,
and that then we went out for few more dates,
and that we end up got engaged and then got married...

And for these few years I spend with him,
I got him as my husband, and I could not ask for more..
Me and hubby macam sangat opposite lah..
He is very organized, and I am the type of person yang sangat bersepah.
Dia seorang yang sangat penyabar, dan saya pulak adalah seorang yg panas-baran.
Apepun, I love you so much, my dear...

So Aliff, that's how I met your father ;)


p/s: Kenapa saya buat entry ni ekk?
It's not even hubby's birthday, or our anniversary..
Ntah lah, tapi tiba2 je terasa nak share..
Sila abaikan kalau ada ayat2 yg terover jiwang + buat rasa nak termuntah yer.. hihi..

p/s#2: Kanda, raya nanti sponsor Dinda shopping lebih2 sket ehh..
Love U.. hihi..

Tuesday, August 11, 2009

He Is 1!

Happy Birthday to my beloved son!
Mama loves you very2 much, always & forever!
You always make my day, you cheer me up and you melts my heart...

Giving Up

Penah tak korang rasa putus asa sangat2?

Aku rasa give up dgn kerja aku skang ni.

Aku tau aku boleh buat, tapi entah kat mana silapnya, kerja yang dibuat tak dapat nak setel2 jugak. Otak aku macam dah diblock sampai tak nampak solution. Kenapa nih? Kenapa? Dugaan betul.

Sedih la macam ni.
Huuuuu...