Monday, December 14, 2009

Adik Perempuan Instant

Saya takde adik perempuan.

Tapi tahun depan saya bakal mendapat dua orang adik perempuan instant.
To be exact adik ipar. Eh silap.
Sorang adik ipar sorang lagi patutnya biras kot.
Insya Allah.

Mudah2an penyatuan keempat2 hati ni akan berjalan dengan lancar hendaknya.
Aminnnn...


Note: Kali ni mungkin tak seteruk masa wedding saya dulu kot. Biasanya belah lelaki takde buat majlis kawen sakan kan? Entahlah...

Saya Banned Pizza Hut Cawangan Sri Gombak!

Pada 12hb Disember 2009 baru-baru ini, saya telah ke Pizza Hut cawangan Sri Gombak pada sekitar jam 11.15 pagi. Saya ingin memesan pizza terbaru seperti yang telah diiklankan di media iaitu Crunchy Cheesy Bites Dip-licious (sila rujuk gambar di bawah, nampak sedap kan)...





Tetapi saya telah dimaklumkan oleh petugas di kaunter yang pizza tersebut tidak disediakan dengan alasan 'bahan habis, tiada stok'. Saya pelik sebab restoran baru sahaja dibuka (Pizza Hut buka jam 11 pagi, ketika itu sekitar 11.20 pagi), takkan bahan2 dah habis kot?

Saya tak puas hati, saya pun tanya balik kat adik tu.

"Aik, baru bukak takkan bahan dah habis kot?"
"Takde kak, buat sementara ni takde stok."
"Habis tu bila ada?"
"Taktau lagi lah kak.."


Saya pun berfikir2. Niat di hati memang nak makan pizza tu je. Tapi sebab kesian kat adik bongsu saya yang nak balik UTM petang tu jugak, saya pun order lah pizza yang biasa2 je.

"Ok kak, siap dalam 15 minit ya.."


Saya pun duduk. Betul2 depan kaunter dapur. Boleh nampak tukang potong pizza tu.

Lepas saya ada satu lagi family ni datang order. Macam saya, diorg pun nak order pizza baru macam saya jugak. Tapi jawapannya sama, "takde stok".. Lepas tu saya dengar diorg tanya pasal extra cheese.. Kan ada iklan pasal "FREE EXTRA CHEESE" tu.. alih2 saya dengar budak tu cakap,
"Kena tambah RM4.. blablabla.. dekat sini takde offer promosi tu.."


Aik? Macam tu pulak?

Sedang saya menunggu tu, saya pun dok perati diorg siapkan order. Nampaklah diorg bungkus2 sup, coleslaw, garlic bread, etc2.. Sekali tu saya nampak....

Tadaaaa...
Mamat tu angkat pizza baru tu... Pastu potong depan mata saya..
Pastu angkat lagi sekeping.. potong depan mata saya..
Lepas tu saya nampak diorg siapkan pizza tu untuk delivery.

Saya hangin! Tapi saya buat diam..
Sedangkan dalam hati saya menyumpah-seranah...

Sampailah budak tu panggil saya sebab order saya dah siap.
Saya pun pegi kat kaunter, dan sound dia,

"Kata pizza baru tu takde, tadi saya nampak elok je budak tu potong pizza tu kat belakang..."


Budak tu terkulat2...

"Eh, ada ke.. saya pun taktau ada..."


Eh macam mana ko jaga kedai ni ko boleh taktau pulak yang ko jual ada ke takde? <-- malangnya ayat ni aku simpan dalam hati je..

"Ha'ah ada lah.. saya nampak tu diorg potong kat belakang tu.. 2 keping lagik.."


Budak tu macam terkulat2 lagik.. tengah pk apa nak jawab agaknya..

"Ohh, yang untuk delivery memang ada kak. Kita tak buat untuk take away dengan makan sini sebab takut takde stok untuk delivery."


Oh memang jawapan yang sangat bodoh la bagi aku!

"Habis kalau macam tu baik saya call suruh hantar je... Lain kali cakaplah awal2, janganlah nak tipu pulak!"


Aku blah dengan muka bengang. Ayat2 seterusnya aku simpan dalam hati je sebab aku malas nak bertekak depan orang ramai.

The point is, kenapa ko degar2 siap gantung banner bagai kat kedai ko promosi benda yang kau taknak jual kat orang? Ko simpan untuk mereka yang call dan buat delivery sahaja? Apa special sangat dengan kes delivery tu? Ko tau tak kitorg yang susah payah datang kat kedai ko ni lah yang patutnya boleh order pizza tu instead of orang2 yang relax dok goyang kaki kat umah, pastu ko pegi hantar pizza kat diorg tu! Pastu ko boleh pulak tipu kitorg kan..

Kan aku dah emo..

Lepas ni aku rasa aku sanggup pegi kat Wangsa Maju atau Taman Permata untuk beli Pizza Hut, ataupun baik aku call Dominos je..

Pizza Hut Sri Gombak, I hex u.. Bwekkkkkk!!!!!

Apa Ada Pada Nama?

Sebaik sahaja lahir ke dunia, masing2 telah diberikan nama.
Ada yang mak ayah bagi, ada yang atuk & nenek bagi, dan nama tu pulak semestinya nama yang cukup spesel bagi si pemberi nama.
Malah ada yang masih beberapa bulan dalam perut mak pun dah dapat nama.

Macam anak saya, Muhammad Aliff Haikal, namanya dipilih oleh atuk & neneknya.
Mengikut tradisi sebelah suami yang mana namanya juga diberikan oleh arwah atuknya.

Macam saya, saya tak pasti bilakah saya mendapat nama saya.
Takde laa pulak nak korek banyak2 dengan mak ayah saya.
Tapi yang pastinya, saya dapat nama saya sebab lagu 'Suzana' adalah lagu yang famous dan menjadi favourite mak ayah saya masa tu.
Cuma ekjas sikit, tambahlah satu 'N' maka jadilah nama saya Suzanna satu nama yang comel dan kiut seperti orangnya juga :P

Okey, apa yang saya nak kongsi di sini adalah nama2 panggilan yang diberikan kepada saya.
Sejak kecil mak ayah saya panggil saya 'Nana yang comel'.. hahaha.. takdelah saya tipu je part 'comel' tu..
Dari saya kecik sampai laa ke sekolah rendah semua orang panggil saya 'Nana' dan 'Suzanna'.
Agak2 glamer sket pun 'Suzanne' laa jadinya, ala2 omputih..
Lepas dah masuk sekolah menengah, selain 'Nana', saya jugak dikenali sebagai 'Amie'.
Amie = 'kawan perempuan' dalam bahasa Perancis.
Saya lah yang menggatal nak pakai nama tu.
Apesal ntah saya pun taktau.
Sebenarnya saya guna nick tu utk kacau akak yang saya admire (dulu saya skolah all-girls-boarding-school)..
last2 nick tu lekat ke saya sampai saya abis sekolah menengah...

Kemudian bila saya amik A-Level, saya masih lagi dikenali dengan 3 nama - Suzanna, Nana dan Amie. Ikut suka masing2 lah nak panggil saya dengan nama yang mana satu asalkan saya menyahut sudahlah..

Bila saya masuk MMU pulak, masa 2nd year, saya dok sebilik dengan 2 orang kawan saya. Masa tu pulak, kami suka 'bercik2' kat nama masing2. Saya panggil diorg 'Cik Ayu' dan 'Cik Lah' dan diorg pulak panggil saya 'Ciknana'. Sejak tu lekatlah 'ciknana' as satu lagi nickname saya, sampai saya guna untuk YM, email, etc2.. tapi pakai nick 'ciknana' ni macam leceh sket, sebab ada orang mistaken saya dengan orang lain. Ada orang lain pakai nick yang sama la kot. Tapi saya tak kisah, sebab saya pecaya yang saya dah laaaaaaaaaama guna nick tu. So siapa cepat dialah dapat! ehehehe...

Suzanna, Nana, Amie, Ciknana...

Ada lagi ni..

Bila saya start bekerja di S***, ada setengah orang panggil saya 'Su' dan 'Zana' la pulak.
Wahhhh... Terasa macam feminine abis lah nama2 saya tu.
Dan ada jugak kawan2 yang panggil saya 'Suzanne' dan 'Suzan'.
Tapi dalam banyak2 nama, nama paling ayu rasanya, ialah 'Ana'.
Nama tu member online saya yang panggil. Hahaha..

Jadi, boleh lah pilih nak panggil saya antara nama2 ni:-

Suzanna, Nana, Amie, Ciknana, Su, Zana, Suzanne, Suzan, Ana..

Tengok tu, nama saya pendek je tapi dah bermacam2 nickname saya.
Nasib baik nama saya tak panjang kalo tak lagi banyak nama yang saya dapat.

Apapun, ada satu nickname paling best yang cuma sorang je kat dunia ni panggil saya.
Hubby saya panggil saya 'Dinda' (romantik uuuuu).
Orang2 lain sila la jangan panggil saya 'Dinda' ya :)

Note: Bila saya 'google' images untuk setiap nickname saya, ini adalah gambar2 yang saya dapat.
Hahaha..


amie

su


nana


suzanna



Note: Untuk nama2 lain saya tak letak gambar sbb kebanyakan gambar tak sesuai utk tontonan umum. Chissss.. spoil nama saya..

Wednesday, December 9, 2009

Little Aliff in Pyjama...

Tengok budak kecik ni tido..
tak padan ngan kecik, bantal peluk punyalah besar..


Posisi asal sebelum bergolek2 sampai 90 darjah..

Kaki Tak Sampai Nak Kayuh Basikal...

Sila nyanyi ikut lagu "Papaku pulang dari kota..." (ala yang kereta merah tu)

Papaku bawa ke Nilai Tiga,
Papaku belikan hadiah,
basikal kecil warna hijau,
boleh Mama tolak keliling rumah..
Pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon,
Basikal hijauku berbunyi,
Marilah Mama mari sini,
tolaklah sampai Aliff boleh kayuh sendiri...



Kaler hijau... kepala bear tu..



My new ride..
"Mama, bila kita nak tukar sport rim ni.. "



Wuu.. ada lampu...

My Junior New Haircut..

Atuk bawa Aliff pegi gunting rambut kat kedai.
Surprisingly dia boleh duduk diam je masa tgh gunting rambut tu.
Macam kagumlah jugak.
Tapi Atuk cerita Aliff tamau pakai kain selimut leher tu..
Maka penuhlah rambut kat baju dia..
Lepas tu balik rumah tamau mandi plak tu..
Hehehe..

Baru nampak macho + hensem sket anak Mama ni.
Kalau tak orang asyik tanya, 'boy or girl'..





Saya sukalah rambut baru ni Mama!
Barulah rasa ringan sikit kepala :D

If I Were A Girl...

I'm just messing around with my little Aliff..
But no, I love him just the way he is.. my cheeky little boy!
:)






BTW, adakah rupanya macam saya?

Pukul Tiga Pagi...

Lapar..

Dan sangat teringin nak makan ini..
KFC's Cheezy Baked Potato dimakan bersama2 dengan coleslaw..
Yummy!




Droolinggggg....

Thursday, December 3, 2009

These Boots Are Made For Walking...

Semenjak-dua-menjak ni.. saya macam teringin nak beli boots..
Bukan boots kaler kuning macam phua chu kang punya tu ya..
tak glamerlah akak pakai boots kuning camtu..
tapi teringin ankle boots..
nampak ranggi le kalo pakai ngan dress or long skirts..

tapi tu laa.. susah nak cari boots yang takde heels..







Wah wahhh.. berangannya nak pakai boots..
macam laa kat malaysia ni sejuk bersalji bagai...
sah2 kaki berpeluh...
kang ada yang bukak kasut je terus pensan.. hehehe..

tapi, nak jugak sepasang lah..