Tuesday, May 26, 2009

Bermacam2 Kisah

Sudah lama tidak menulis blog.

Sibuk? Sememangnya, tapi sibuk sebab apa, tak perlulah diceritakan dengan panjang lebar.

Sekadar nak berkongsi beberapa perkara...

Kisah 1
Petang Sabtu. Bosan duduk di rumah.
Punyalah bosan dan tak ada cerita menarik di tv.
Sampai aku + kanda layan cerita Tamil.
Dalam jam 5, aku ckp dgn Kanda.. jom kita pegi taman..
niat di hati nak bawak Aliff main kat playground.
Kami pun siap2.. dan zoommm bertolak ke Taman Tasik Cempaka Bangi...
Sekali sampai sana Aliff tidur..
aku pulak tak sampai hati nak kejut..
maka Kanda pun berjogginglah sorang2.. hahaha..
dan kemudiannya bila dah balik..
baru tau yang sebenarnya masing2 berat nak ke taman sebab nak tau ending cerita Tamil yang kami tengok tadi..
hahahahaha...


Kisah 2
Aku dah lama tak memasak.
Sejak berapa bulan pregnant tah.. sampai Aliff lahir..
last sekali aku masak lauk ayam masak kurma untuk Kanda kot..
jadi aku teringin nak perasap dapur, konon2nya..
Hari Ahad tu, masaklah spaghetti..
Spaghetti aku pada hari tersebut adalah spaghetti yang paling tak sedap penah aku masak (dan makan jugak)..
Tapi aku terharu sebab Kanda makan sampai habissss..
Terima kasih Kanda.. i love u..
(Mungkin jugak sebab dia lapar sangat + takde makanan lain hari tu.. hihi)


Kisah 3
Aku teringin sangat nak menghias rumah.
Dah lama dah.. sejak pindah 2 tahun yg lepas..
tapi sampai ke hari ni tak tercapai jugak hajatku itu.
Entah macam mana ternampak satu iklan di forum,
terus berkobar2 semangat aku nak buat satu feature wall kat rumah...
Nak cat dengan warna apa lagi taktau, belum pilih (baca: bergaduh berebut warna dengan Kanda)..
tapi yang wajib nak tampal wall stickers.. mungkin macam ni..






cantik kan?

nak siapkan dlm bln june ni jugak kalau boleh..
Insya Allah :)
doakan saya (baca: hubby) rajin ya... ;)


Kisah 4
Tadi masa memandu di tengah2 KL,
angin bertiup kuat tanda nak kena angkat kain di jemuran..
banyak daun2 berterbangan..
aku terasa macam musim luruh kat oversea pulak..
chewah.. macam lah aku pernah pegi oversea..
sempatlah aku menghayati pemandangan indah tersebut masa berhenti kat traffic light..
Subhanallah..
dah lama aku tak menikmati pemandangan alam macam ni..
Family Day nnt aku nak layan sunrise dengan sunset kat PD plak..
beromantika sket bersama Kanda + Aliff tersayang ;)


Kisah 5

Kau pernah doakan satu kawasan taman rumah kau blackout tak?
Aku pernah, masa hari Ahad lepas.
Malam sebelumnya, Sabtu, kawasan rumah aku blackout.
Lama jugak, start 10 - 11.30 mlm.
Musnah harapan aku nak tgk cerekarama malam tu.
Selama ni takde peluang tgk drama sebab semua orang nak tgk Akademi Fantasia.
Tapi doa aku pada hari Ahad tersebut tak dimakbulkan.

Kenapa aku berdoa sedemikian?
Sebabnya jiran selang 4, 5 buah rumah aku buat family gathering.
Sempena apa aku tak pasti, birthday party kot.
Siap pasang khemah, ada clown, ada DJ majlis lagik..
Mula2 aku igtkan majlis cukur jambul sebab kat banner khemah tu ada gambar baby.
Tapi takkanlah majlis cukur jambul siap ada clown kan.
Aku tak kisah diorg nak berkumpul ramai2 tu.
Eloklah, mengeratkan persaudaraan, merapatkan silaturahim.
YANG BUAT AKU TAK TAHAN ADALAH MEREKA TELAH BERKARAOKE DENGAN MEMASANG SPEAKER, VOLUME KUAT SAMPAI 1 TAMAN BOLEH DENGAR MENGALAHKAN KENDURI KAHWIN!!! KALAU SUARA SEDAP TAK APELAH JUGAK!!!
Sangat annoying okehhhh!!!
Dan tak consider langsung dengan kami jiran2 yang pada hujung minggu ni lah nak berehat..
Jiran sebelah rumah aku terpaksa keluar entah ke mana sebab suasana bising tu telah menyebabkan anak dia menangis (tak boleh nak tidur kot.. budak2 kecik kan tidur siang)..
Aku pun nyaris2 ajak Kanda keluar since Aliff pun ngamuk sket2. tapi since leceh sebab kereta kena blocked (oleh mereka), terpaksa lah bertahan...
Kanda ckp lepas a few neighbours keluar dok pandang2 barulah diorg slowkan sket volume..
Lama jugak diorg berkaraoke tu..
tak silap aku 6.30 mcm tu baru stop.. huhu..


Kisah 6
Aku dah taktau nak cerita apa. Banyak sangat benda.
Sampai taktau nak taip yang mana satu.
Lain kali jelah yer.. :)

Wassalam..

Wednesday, May 6, 2009

This Is How I Spent My Duit Kutu

1) Bayar hutang (kesian kan hutang keliling pinggang)

2) Safety gate - this is necessary untuk letak kat tangga bawah umah Bangi.. Little Aliff dah start memanjat2.. hari tu macam dah start aim tangga tu..



3) Walker - main point i bought this walker becoz of the stering..
Aliff loves to play with stering.. bila dia besar sket we'll may get the Logitech set to play with PS3..sooo.. a future GT gamer perhaps? hehe..


4) Cloth diapers - 3 pieces je dulu, so total now baru ada 8.. nnt nak beli banyakkkkk lagik.. i hope i can get him yg ada nice prints plak lepas nih..



5) Birthday cupcakes for my brother (yes he's a Chelsea fan-atic!)


6) Shopping barang2 Aliff - diapers, wipes, nestum, baju(lagi!).. need to list more?

7) Others (rasanya banyak abis kat makan2 je.. paham2lah selera tinggi :P)

Well now, I'm officially broke.. Adehhh...

Monday, May 4, 2009

Cuti Yang Ok Je

First of all, aku nak ucapkan tahniah kat Tomok atas kemenangannya dalam One In A Million..
Mula2 tersentap kejap bila announce yang undian Tomok terendah..
tapi lepas tu akak lega bila dapat tau pasal undian untuk 3 peserta final.
Baru ingat nak tutup tv. ahaha..
Akak antar SMS vote Tomok tau...
Kira berbaloi lah undi akak tu sebab Tomok bagi all-out performance malam tu..
Ini baru betul transformasi..
Ape pun, Good Luck yer Tomok..
Kalau ada masa kita kolling2 lah yer (haa yelah mcm lah kenal pun.. ahahahha)





BTW, takde ape sangat dgn cuti 3 hari..
Cuma nak tepek gambar buah ati pengarang jantung yang sangat lasak nih..
Hobi terbaru.. memanjat..
dan jugak ketuk kepala mama.. :P








Sunday, May 3, 2009

An Evening in BTS

Went to Berjaya Times Square yesterday.
Main point sebab Kanda nak cari kasut sukan.
Secondary point is to get out of the house and jalan2 amik angin sikit. Hihi..

So we went there at 6 pm and sampai before 7...
luckily senang dapat parking.. maybe becoz tak ramai orang..
cuti 3 hari ni ramai orang balik kampung kot?

Jalan2 ikut suka hati..
belek2 directory cari kedai sukan..
and finally jumpa satu kedai yang ada size kasut Kanda..
well it's not easy to find a 13-US-size above here..
sebab tu ke BTS since kitorg pk kat mana lah tpt2 yang mat salleh go shopping for their sizes.. hehe..
sekali tgk2 he has to go for size 14..
that is double my size..
sudah membesar kah kakimu Kanda.. haha..

lepas tu jalan2..
would like to try that fish spa tapi since bawak budak kecik susahlah pulak..
good offer only RM5 per 15 minutes..
maybe we'll go during lunch break on weekdays.. :)

Si kenit buah ati mama sangat suka tgk lampu..
kat BTS ada banyakkkkkk lampu..
so keja dia dok mendongak ke atas.. dan nganga2 dgn excitednya..
hahahahahahahaha...

then makan2 kat wendy's..
i love the baked potato.. yummy2..!!
lepas tu niat di hati nak beli Krispy Kreme bawak balik..
tapi there was such a longggggggg queue.. terpaksa kensel..
so balikkkkk...

simple je..
pegi.. cari kedai.. beli kasut.. makan.. balik.. :)
it was a good evening though ;)