Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Friday, November 25, 2011

The Tra-La-La Song

(Maaf tajuk entry takde kaitan. Buntu nak letak tajuk. Taknak nampak desperate)


Kepada mereka2 yang pernah naik kereta aku, mesti diorang tau yang kereta aku dah lama takde radio. Radio dah lama rosak. Ala, pakej radio datang sekali dengan kereta beb, faham2 ajelah berapa lama je bertahan. Lagipun, kereta aku bukanlah jenama negara 4 musim. Buatan Malaysia. Tapi aku tetap bangga pakai kereta Kelisa aku ni. Tak faham kenapa Perodua stop produce Kelisa dan gantikan dengan Viva. Mungkin nama Kelisa tu tak komersial. Sebab tak komersial la aku bagi nama kereta aku "Tornado". Bunyinya macho dan hensemlah sedikit. Baru sedap nak bawak. Dan yang penting dah habis bayar, walaupun kereta hensem ni dah buruk.

Berbalik kepada cerita radio tadi. Sejak rosak, tak pernah nak ganti.
Sebabnya aku malas. Malas nak survey brand apa yang bagus.
Aku ni naik kereta sebab bukannya nak dengar radio pun.
Jadi aku biarkan.
Tapi, akibatnya... bila sangkut dalam jem, aku mati kutu.
Kalau masa driving mengantuk, tak adalah hiburan.
Maka, aku terpaksa berkaraoke sendiri.

Kesian tau karaoke tak ada muzik ni.
Yang dapat didengar cuma suara sendiri.
Pitching ke laut ke, vokal mencapai oktate ke, semuanya terpaksa la layan sendiri.
Tapi kan, biasanya lirik lintang-pukang, melodi pulak sumbang-mambang.
Biasalah, dah masuk kategori mak2 orang ni.
Dulu masa muda2, layankan lagu yang boleh headbanging.
Dah ada anak2 ni, lagu yang wajib dihafal antaranya...

M-I-C-K-E-Y M-O-U-S-E
(Mickey): It's me!
M-I-C-K-E-Y M-O-U-S-E
It's the Mickey Mouse Clubhouse.
Come inside, it's fun inside.
It's the Mickey Mouse Clubhouse.
Roll call!

Ataupun...


Dibo hears you make a wish
Dibo likes to give a gift
Dibo lives in CozyLand
DINGBODINGBODING

Takpun yang ni...


Yang ni pulak sudah semestinya...


Alien datang menakluki bumi...
Demi koko yang dicari2..
Mereka kan tiba tak lama lagi..
Apa mungkin terjadi..
Jadi kita perlukan penyelamat bumi...
Boboiboy...


Eh btw masa aku dok search youtube boboiboy tadi terjumpa lak ni.. cool jugak.. kasi share sekali..



So, korang boleh imagine tak... aku karaoke lagu kanak2 ni dalam kereta? Boleh tak? Boleh tak? Tak boleh kan? Memang tak boleh pun... Aku kelentong je.. tapi pengakuan ikhlas, aku memang hafal lagu2 tu sebab selalu dok layan dengan anak2 aku, ok.. :)

Bila aku drive dengan kereta takde radio ni, baru aku perasan beberapa perkara. Ok ni aku buat perbandingan bila aku bawak Tornado vs aku bawak T-Hawk (kereta laki aku)...

  1. Lagu yang wajib menjadi pilihan adalah lagu "Semangat Yang Hilang" - XPDC. Gila best nyanyi lagu ni sambil feeling2 metal kapak. Serius besttttt... Mengimbas kenangan silam zaman study kat Shah Alam dulu...
  2. Rupanya aku banyak hafal lagu2 rock kapak. "Keunggulan cinta... dari sinar mata.. yang bergeloraaaaaa..."
  3. Aku taktau lagu2 Siti Nurhaliza mahupun Siti Nordiana, Siti Sarah dan lain2 Siti..
  4. Walaupun aku peminat Anuar Zain, takde satu lagu pun yang aku ingat dari mula sampai habis. Maka, aku tak penah nyanyi lagu dia ataupun aku just humming atau nyanyi sekerat jalan.
  5. Aku boleh menyanyi dengan penuh perasaan walaupun takde muzik. Muzik pun aku buat sendiri sambil ketuk2 stering dan kadang2 hampir tertekan hon.
  6. Bila aku bawak T-Hawk, aku lupa bukak radio. Aku pun nyanyi sendiri. Pastu lama2 aku teringat yang kereta ni ada radio. Bukak radio. Dan aku sambung nyanyi balik (tak ikut pun lagu apa yg keluar kat radio). Haha serius bodoh..
  7. Yang bagusnya, kalau drive Tornado bawak anak2, aku lebih suka nyanyi lagu nasyid sifat 20. Syukurlah..
  8. Patutlah kawan2 tak pernah ajak aku pergi karaoke. Diorang dah boleh agak rupanya suara (dan perangai) aku macam mana. Sampai hati diorang. Sob sob..

Agak parah gak aku ni kan..
Memang dah lama aku nak cerita.. Kebetulan pulak ada satu contest ni.. Sila lawat DI SINI

Hadiahnya adalah Samsung Galaxy Tab..

Apa? Nak join? Wahaha aku tipu je.. Err.. aku tipu bab hadiah je.. contest betul2 ada...

Ni hadiahnya...


Sempoi kan? Ini bukan lighter. Ini adalah sebuah external speaker yang berkeupayaan untuk menjadi sebuah radio FM, boleh memain lagu MP3 melalui USB dan memory card.

Haaa...tu dia..

So to Blog Owner aka Tukang Bagi Hadiah, Pak Lan:

Pak Lan, hang dah baca kan awat akak nak hadiah ni.
Akak rasa, kalau akak dapat benda ni, boleh la akak letak dalam kereta akak.
Penumpang2 kereta akak takdelah terseksa telinga mendengar suara akak ok..
Akak dah kenen2 hang punya Samsung Galaxy Tab, tapi itulah.. kang orang kata, bagi betis nak peha pulak.. so dapat yang ni je pun jadilah..
Boleh dengar radio, boleh letak mp3 mengaji kot2 laki akak nak dengaq ka, atau anak2 buleh nyanyi lagu kanak2 depa. Bukan dalam kereta ja, sambil akak masak2 di dapur pun akak boleh layan. Amacam? Sempoi dak?

BTW Pak Lan, hang nak try naik kereta akak time takdak radio dak?


Apapun Pak Lan, terima kasih sebab buat contest ni.
Mana tau kot ada rezeki akak. Amin...






Tuesday, May 18, 2010

Saya & Mekap..

Dah lama tak shopping make up..
Sebabnya yang ada pun tak abis2, jarang benar pakai.
Dulu aku suka beli yg jenis palette, dlm 1 palette tu ada banyak colour terus.
Macamlah nak pakai semua kan..

Masa aku study A-Level dulu, yes.. aku rajin tepek2 kat muka.
Paling kurang pun tepeklah bedak, lipstick + mascara..
kalau rasa nak over2 sikit, siap ngan eyeliner + blusher uuuu...
Yang jadi mangsa tolong linekan mata aku ialah Cik Liana Azura..
hehehe.. sebab dia memang terer bab2 mekap ni..
yang rajin buat eksperimen kat muka aku plak, Teh la..
Kalau aku nak mekap sendiri, memang sememeh la jawabnya..

Bila study kat MMU plak, sorilah aku nak mekap2..
sebabnya nak kena jalan pegi klas, panas wohh nanti mekap cair..
so biasanya just tepek bedak + pakai lip-balm..
kalau gi dating laa baru melawa sikit (kot)..
hahaha..

Bila dah start keja plak, yang wajib cuma bedak + lipstick..
tu pun kadang2 tak pakai lipstick..

Tapi lately ni, masa tgh pregnant ni, ada masa2 aku sukaaaaa sangat nak mekap2..
Satu benda yang aku jumpa sesuai sangat ngan muka aku ialah benda ni:-


Yes, I love this cream very2 much!
Mula2 saja nak test..
Before this aku penah beli BBCream yg made in Korea punya, tapi tak sesuai dengan aku (walaupun positive feedbacks yang aku baca kat internet pasal cream tu punyalah banyak)..
But this one, aku perasan kulit aku dah kurang sangat berminyak(except kat hidung still lagi sket2).. kulit rasa licin + smooth je.. walaupun aku just tepek bedak baby biasa je lepas tu.. hehe..
Sangat sesuai utk orang pemalas macam aku sebab considered as moisturizer + make up base + foundation gitu.. Bau pun wangi..

Lepas sapu cream ni, aku just apply bedak je..
kalau aku terlebih rajin, aku pakai Loving Minerals punya foundation.
Aku suka sangat yg ni, Lumiere Light-Beige.. sebab aku rasa macam glowing sket muka..
hahaha..

Perasannyaaaaaa.....
Hahahahahhahahahahaha....

Lepas tu kalo terlebih rajin, sapu blusher plak..
Monave from Loving Minerals gak..
blusher ni best, sebab bleh jadik foundation + blusher..
tapi kalo tepek satu muka kang terover merah plak..

Lipstick, tak tentu.. ikut mood..
sebab aku tak memilih sangat..
asalkan kaler cam coklat2 cukup..

Itu je lah pun yang aku pakai..
Mascara, dulu rajin, sekarang.. apesal tah aku tak pakai..
tp kalo nak pakai, aku suka pakai yg warna coklat..
eyeliner pun..
eyeliner confirm tak pakai sebab aku tak reti nak apply..
kang sememeh je.. byk kali dah praktis tapi tangan tetap gigil2..
hahhaa..

Sebenarnya aku saja je nak cerita pasal makeup Loving Minerals aku dah nak abis...
kot2 ada yang nak belikan.. kira hadiah 'Mother's Day'.. bleh tak?
paham2lah ya siapa yang berkenaan.. ahahaha..

Sunday, March 14, 2010

Peminangan DItangguhkan...

Hari tu aku ada mention kan, nak beli kereta baru.
Exora, to be exact.
Mula2 plan asal nak amik awal tahun, tp lepas tu kensel.
Tak ingat pulak apa sebabnya.
Lepas tu plan nak amik hujung bulan ni pulak.
Kanda siap pening2 (konon!) nak pilih kaler apa.
This time aku biar dia je decide sebab ni keta dia, takkan la aku nak paksa2 lak suh amik kaler yang aku suka.
Tapi kalau boleh, sila la consider kaler Solid White tu yer yang, I macam berkenan, tp kalo malas basuh jadikla macam kaler Grey plak kang..

Lepas sembang2 ngan Kanda, entah macam mana macam banyak pulak benda lain nak kena consider.
First, adik ipar aku nak kawen bln 5 ni, adik aku pulak dlm bln 10 nnt, so mesti kena support sket dr segi kewangan kan..
Second, nnt dlm bln 8 aku nak beranak, so aku akan cuti 2 bulan TANPA GAJI. Part ni paling seksa lah. Mana nak cekau duit. So kena la start saving dr skang utk cover 2 bln gaji tu nnt.
Kalau amik Exora la ni, duit mmg takde lebih, nak save pun tak banyak.
Sangat la tinggi risikonya.

So Kanda came out with a suggestion.
Kitorg tangguh dulu la amik Exora tu.
Maybe dlm bulan 7 nanti baru amik kot.
By that time, duit yg consider nak byr duit keta bln2 tu bleh la buat saving kan.
At least ada la gak sket, dari takde langsung.
Buat sementara ni, boleh je naik Tornado aku tu dulu :)
Aku pun setuju je lah, sebab yg pentingnya ada orang hulur duit.. hihihi...

So, yang.. kita amik Exora tu dlm bln 7 nnt, consider birthday present untuk saya lah yer..

Eh, tapi kalo bulan 7, sempat tak nak plat no WWW ek?

Thursday, December 3, 2009

These Boots Are Made For Walking...

Semenjak-dua-menjak ni.. saya macam teringin nak beli boots..
Bukan boots kaler kuning macam phua chu kang punya tu ya..
tak glamerlah akak pakai boots kuning camtu..
tapi teringin ankle boots..
nampak ranggi le kalo pakai ngan dress or long skirts..

tapi tu laa.. susah nak cari boots yang takde heels..







Wah wahhh.. berangannya nak pakai boots..
macam laa kat malaysia ni sejuk bersalji bagai...
sah2 kaki berpeluh...
kang ada yang bukak kasut je terus pensan.. hehehe..

tapi, nak jugak sepasang lah..

Tuesday, November 3, 2009

Wishlist: Laptop Backpack

I have a Dicota Run Plus laptop backpack..
which I love so much..
sangat senang nak organize all things that I need in the bag..



Lately, my laptop backpack asyik kena hijack ngan my sister.
Ntah apesal dia berkenan sgt dengan beg tu..

So I bought her this gin&Jackie lovely tote bag..
dengan harapan dia tak kacau lagi my backpack..


sekali tu tengok2 dia tak berkenan..
she still wants my backpack..

So that means I have to get me a new one..
sebab yang macam aku punya ni sangat susah nak cari (kot?)..

I'd like to have a Golla..
macam sangat lawaaaaa.... yet pricey..
but a friend cakap this backpack macam panjang..
so untuk orang2 yang tak cukup ketinggian macam tak baper lawa laa kalo pakai..




So, masuk dalam to-buy-list next month?

Friday, October 23, 2009

Cheezy Baked Potato...



Aku sangat suka yang baked potato tu...
Rupa2nya hanya ada di selected outlets sahaja...
Patutlah hari tu pergi kat KFC Warta tu takde..
kat tol Sungai Besi pun takde..
kalau teringin kena cari dekat area Wangsa Maju lah...

Tuesday, October 13, 2009

KALAU Suami Anda Beri Anda RM1000 Untuk Dibelanja...

... apa yang akan anda buat @ beli?


  1. Nintendo DSL
  2. Nintendo Wii
  3. Handphone baru**
  4. Mini notebook**
  5. PS3 Slim**
  6. Rockband bundle
  7. Holiday
  8. Pakaian dari hujung rambut sampai hujung kaki siap dengan handbag & accessories & makeup merangkap perfume sekali
  9. Barang2 anak - baju untuk setahun siap dengan mainan
  10. Perabot - Sofa, almari**
  11. Bagi sikit kat parents dan adik2, atau belanja diorg makan tempat best
  12. Bayar hutang
dan yang paling penting...

13. Belanja hubby, atau belikan hadiah untuk dia.. untuk amik hati lah katakan.. dengan harapan amaun tersebut akan bertambah di masa akan datang :)

Tidak, hubby saya tak bagi saya RM1k untuk belanja..
Saya kata KALAU..
maknanya saya sedang berangan2lah ni..
Kesian kannnn....
nasib baik saya berangan RM1k je, kalau berangan lebih2 sikit dalam RM5k ke,
mau pengsan laki saya nanti.. hehe..

Note: ** mungkin memerlukan saya top-up duit sendiri

Perkara2 Yang Saya Rasa Saya Patut Buat Sebelum Berkahwin (dan Ada Anak)...

  1. Belajar ketuk @ main drum (I think we should buy the Rockband bundle kan kanda... ;))
  2. Belajar masak resipi mak saya, especially rendang ayam & rendang daging
  3. Belajar masak kari, rassam, parpu, dalca dan apa2 lagi menu favourite hubby dengan mak mertua saya
  4. Belajar menjahit pakaian (teringin nak jahit baju sendiri + orang lain)
  5. Skydiving (macamlah berani sangat, tapi nak merasa macam mana freefall)
  6. Which leads me to bungee jumping as well
  7. Pegi holiday bersama rakan2 bujang
  8. Beli benda2 yang rasanya susah @ takkan dibeli lagi selepas berkahwin, contohnya handbag & kasut yang mahal2, atau baju glamer dan seksi (hihihi.. bilanya nak pakai pun)
  9. Saving (make sure jangan buat kad yg boleh withdraw duit anytime)
  10. Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang boleh diharap (nak kata berjaya tu tinggi sangatlah expectation kan...)

Monday, October 5, 2009

Wishlist: A New Ride

Me and Kanda decided to upgrade the car next year.
My Tornado is so sempit for us, Aliff selalu ngamuk2 bila lama sangat dalam kereta sebab dia tak bebas bergerak.
Not to mention dear husband yang macam tersepit je kat driver's seat (haha)..
Maybe he'll let go his Kenari, and Tornado punya payment pulak habis bayar dlm April tahun depan.. Insya Allah..

After few considerations, we decided to get the local MPV.
The lovely Proton Exora.
We've googled responses and feedbacks about Exora vs Livina vs Avanza, and so far Exora is on top.
But it all depends on our own test drive, which is not happening yet..
entah bila nak pegi pun tatau..
tapi dah siap berdiskas2 ngan hubby, nak yang H-Line, kaler biru..
tinggi cita2..



but knowing that Perodua pun nak keluarkan MPV somewhere around this time, kita tunggu dan lihat duluuuu...
tapi dalam masa tu.. asik termimpi2 je.. hihi..


Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi

"Mirage" by PESAWAT

Sunday, September 27, 2009

I've Decided...


... that I want a Nokia N85!




General & Hardware




















































































Date Announced 2008, 3Q
Network Technology HSDPA / UMTS/ GSM 850/900/1800/1900
Dimensions (mm) 103x50x16
Weight (g) 128
Screen Size 2.6 inches, 320x240 pixels, Orientation sensor, Ambient light detector
Screen Color Active Matrix OLED 16 million colors
Type
Slider
Navigation
Key

Navi wheel
Other
Keys

Intelligent key illumination
Antenna
Fixed Internal
Internal(MB)
78 MB NAND flash memory, 74 MB internal dynamic memory
Memory Slot
MicroSD (T-Flash) - up to 8 GB
Battery Type
Li - ion 1200 mAh (BL-5K)
Stand-by (hrs)
363
TalkTime(min)
415




Entertainment





















































Polyphonic

Customization
mp3, aac, AAC+, AMR, WMA, MIDI
MP3

Yes
FM Radio Yes
TV Receiver
Null
Video Record
Yes, video record/playback, 30 fps, DVD quality
Video Support MPEG4, AVC/H.264, WMV, RV, Flash Video, H.263
TV out (PAL/NTSC)
Audio
Support
MP3, WMA, AAC, eAAC, eAAC+
3.5 mm AV connector
3D sound effect stereo speakers
Voice
Support
Dial, Comman, Recording, Speaker, Speaker-independent name dialing, Text-to-speech message reader



Messaging































SMS
Yes

MMS

Yes

EMS

Yes
Email
IMAP, POP3, SMTP

Push-To-Talk

Yes





Connectivity





















































HSDPA

Yes

WIFI/WLAN
WLAN 802.11b/g, UPnP , VoIP

3G

Yes
EDGE
Yes, class 32, speed 296/177.6 kbps (DL/UL)

GPRS

Class 32

Bluetooth
Yes, v 2.0
(A2DP)

USB
Port
Yes
Infrared (IrDA) No
Data
Cable
microUSB



Software












































Platform
/ OS

Symbian 9.3 - S60 3rd edition, Feature Pack 2
Java
(J2ME)

Yes ,CLDC 1.1, MIDP 2.1
WAP

Yes Ver 2.0
Browser HTML, XHTML MP, WML, CSS (Nokia Web Browser with Mini Map)
Predictive
Text Entry

T9
PIM
Application
Alarm, clock, calendar, calculator, memo, Voice notes
Other
Application
AGPS, SyncML, Nokia Maps 2.0, Quickoffice (Quickword, Quickpoint, Quicksheet), Adobe Reader, Adobe Flash Lite 3.0






Personals




















Themes Yes

Caller ID
Yes
ProfileID Yes





Camera Specifications














































Lens Type CMOS with Carl Zeiss Lens, 5.0 Megapixel
Digital zoom 20x
Max. Resolution 2584 x 1938 (Secondary VGA Camera)
Flash

Yes

Night Mode
Yes

Extra Features Dual-LED flash
Auto Focus
Video calling: up to 640 x 480 pixels (VGA), up to 30 fps
Photo Format
Video Yes, video record/playback, 30 fps, DVD quality
Video Format H.263, H.264 , up to 352 x 288 (15 fps)








Before this hubby promised a new handphone (or whatever I'd like to have.. konon2nya) for my birthday present..
Then I told him to wait until his bonus..
bila dapat bonus masa raya hubby gave me the money..
but being a woman who loves to spend the money given by hubby, I spend it wisely..
(trust me I gave about 70% to my parents for belanja raya)..
so hubby said it's okay, we'll get you a new hp bila dapat bonus lagi sekali by end of the year..

Now I just post it here, as a reminder to myself..
yg always undecided which hp I want for myself..
after lots of considerations, reviews, comparison, and google-ing..
I've decided that this is the one that I want..

So Kanda, ingat ya.. saya mau yang ini..
tapi kalau mau bagi saya iphone atau blackberry saya terima saja...
hehehehe...

Wednesday, June 24, 2009

I Want A New Handphone!

As mentioned before, my camera handphone rosak..
camera sahaja.. handphone masih berfungsi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang..
tapi sejak ketandusan gambar budak tecit ni, perasaan nak membeli hp baru membuak2..
taknak beli camera, sbb tak rajin nak bawak camera ke sana-sini..

nih antara yg shortlisted..
walaupun ada yg luar dr kemampuan, aku listkan je utk cuci2 mata.. huu...

Sony Ericsson G900
PRICE:
RM 1080.00



Sony Ericsson W595
PRICE:
RM 910.00



skang nih aku tgh aim yg ni:-
Sony Ericsson C902
PRICE:
RM 1085.00



Sony Ericsson C702
PRICE:
RM 780.00
kalau x dpt yg tu, ni pun okeh gak..
sbb mcm sesuai utk aku yg ske letak sepah2 kan.. :)


apa yaaaaaaangggg penting.... caaaaameraaaaaa!!! (ikut mcm wonderpets ya)

doa2kanlah aku berjaya membeli hp yg ada camera best dlm masa terdekat ni..
Aminnnn... :)