Monday, December 3, 2007

Trip To Kulim: The Good, The Bad & The Ugly....

30hb Nov lepas aku + Kanda sekeluarga spent our weekends in Kulim. Misi yang dirancang sekian lama semenjak kitorang baru kawin lagi, iaitu pegi rumah kat Kulim, kemas barang2 yg nak dibawa pindah terus ke rumah sekarang.

Berikut adalah ringkasan mengenai trip tersebut:-
Jumaat malam Sabtu kitorg bertolak, lepas sesi bergambar-ramahmesra-makan2-kutuk2-sembang2 kat umah Pak Long. Rasanya dlm 11 lebih jugak laa.. Sempat singgah kat Shell depan South City Plaza isi minyak dan jugak isi stok/bekalan kunyah2 + minum utk trip. Sempat berhenti rehat makan-minum kat R&R Sg. Perak dlm kul 3.30 pagi. Kemudian teruskan perjalanan ke Kulim dan sampai dkt2 kul 6 pagi. Lepas jenguk2 rumah kejap, pegi solat kat masjid dan pusing2 kat Kulim. Dlm kul 8/9 lebih gi pekena roti canai pastu gi umah balik. Kemas2... tido.. makan.. kemas2.. mandi.. makan.. sesi bersama sedara kat Kulim.. pastu pi tido kat Motel Poon Soon. Esok paginya bangun.. siap2.. breakfast.. kemas2.. Lori datang je kemas2 angkut barang pastu baliklah.. Sampai Bandar Seri Putra around 5.30 pm.. Tunggu lori sampai dlm kul 7.30 pm.. pastu kemas2 laa lagi.. makan.. kemas2.. Sekian..


The Good
---------------------------
- First time pegi Kulim.. Yeahhh... :D
- Dapat tgk umah family Kanda.. mcm2 laa cerita kuar masa tu.. "sinilah Kanda sekolah dulu.. ni dulu Wun penah jalan kaki dr sini sampai umah.. Dulu Kanda bela ayam turkey kat tepi umah ni laa.. dan blablablablabla.." mcm2 lagi ler.. :D
- Jumpa sedara dr Kulim. Ni sedara belah arwah ayah Kanda. Yg kitorg jumpa aritu Uncle Soka + family Uncle Mani je.. Dua2 bagi layanan 1st class.. very friendly.. belanja makan.. siap bookkan bilik utk tido malam Sabtu tu.. Pagi esoknya plak belanja nasik lemak masa breakfast.. Aku penah jumpa diorg masa kenduri kawin dulu.. and before that masa arwah ayah Kanda meninggal pun diorg ada dtg ziarah.. Cuma yg segan sket sbb nak sembang ngan diorg ni kena speaking.. berterabur sket laa aku punya English.. haha.. Apepun, diorg mmg best..



The Bad
---------------------------
- Letih laa.. jauh travel nun..
- RM banyak melayang wooo... aku abis byk duit kat bab makan2 je..
- Aku ni sememangnya malas mengemas.. kemas sket je duduk.. kemas sket je pi lepak.. hahahaha... tapi aku banyak tolong gak tau.. tak caya tanya diorg..


The Ugly
---------------------------
- ada segolongan jiran/makcik2 yg menyibuk time pindah2.. kita sebok2 nak kemas angkat brg, diorg lak menyebok dok berebut nak barang tu kalo kita x bawak.. letih aku tgknya sampai aku blah xmau dok dkt2 diorg.. pas dh balik baru mak Kanda bukak citer pasal makcik2 tu.. dia pun tensen.. bknnya nk tlg ke apa.. dok tunggu nak "kutip barang" rupanya.. mana2 benda yg diorg rasa berkenan + kitorg x bawak balik, terus tanya direct bleh tak kalo nak amik benda tu.. ape igt kitorg xmau dtg lain kali ke? Pastu ada 1 benda tu mak Kanda dh tercakap kat sorang lagi ni, amik je la.. yg lagi sorang tu kecik ati laa plak sbb nak benda yg sama.. alahaiiii makcikkkkk....
- anai2.. aku mmg xleh tgk benda yg merayap2 ni.. geli..


Apa2 pun, best gak berjln jauh ni.. Insya Allah next time akan gi sana lagik.. kali ni nak sambung kemas + bersihkan rumah pulak.. :)

No comments: