Wednesday, December 12, 2007

Terima Kasih TM Kerana Membuang Masa Saya!!!

Kisah benar yang berlaku hari ini...

Phone aku berbunyi.. (Ringtone lagu Push by Matchbox20)


XXX: Assalamualaikum, Cik Suzanna? (fuiyooo cik tu.. hihi)..

AKU: Ya saya..

XXX: Saya XXX dari TM. Macam ni.. Cik ada buat permohonan telefon kan? Sepatutnya Cik ada appointment untuk pemasangan telefon pagi esok betul tak?

AKU: Ya, betul.. (dgn nada excited.. maklumlaa baper bulan tunggu line nk masuk)

XXX: Macam ni.. saya check Cik punya permohonan dalam sistem. Status dibatalkan?

AKU: Apa?? Macam mana boleh batal?

XXX: Cik ada batalkan ke? No telefon Cik 03-89xxxxxx. Patutnya saya kena datang pasang esok tapi saya tgk dlm status BATAL. Mungkin ke ada sesiapa yang call batalkan?

AKU: (WTF!!!) Encik XXX, dah lama saya tunggu nak pasang telefon kat rumah saya, x mungkin laa saya nak batalkan permohonan tu.. Lagipun baru semalam ada orang dari TM call saya untuk setkan appointment pemasangan tu esok..

XXX: Mana tau ada sapa2 yg batalkan ke?

AKU: Aaaa??? (Excuse me, sapa2 je boleh batalkan ke permohonan orang lain??? Macam mana prosedur permohonan telefon ni? Jiran sebelah rumah aku bleh kenselkan untuk aku ke kalo dia dengki xmau bagi aku pakai telefon?)

XXX: Aaa takpelah Cik, saya bagi Cik nombor TMpoint, Cik cuba call tanya diorg tentang status tu.. Cik cuba call 1-300-88-0206 ye.. Lepas tu nanti Cik boleh call saya balik bagitau status macam mana...

AKU: Aaa oklah2.. (Kenapa aku sendiri yang kena call? Kenapa diorg sendiri tak boleh nak call confirmkan? Mesra pelanggan sungguh ye..)



Seterusnya.. aku pun dial nombor yang diberikan...
3 kali aku try, xde sapa jawab. Lunch hour. Ohh diorg pegi makan la tu kot. Mungkin jugak TM tak mampu nak gaji ramai2 pekerja untuk jawab telefon. Takpelah, aku pun pergi makan dulu...


Balik makan aku pun try lagi..

AKU: Hello.. saya nak tanya tentang permohonan saya. Sepatutnya pagi esok saya ada pemasangan telefon, tapi tadi saya dimaklumkan permohohan saya dibatalkan.. (Skema gila ayat aku, tapi ni ayat berlapik, ayat yang sebenar mungkin lintang-pukang dari ni)

YYY: Ya Cik, boleh bagi nombor telefon cik?

AKU: 03-89xxxxxx

YYY: Sebentar ya cik..

AKU: Ok..

YYY: Bangi?

AKU: Ya..

YYY: Sekejap ye cik, saya sambungkan ke bahagian berkenaan...

AKU: Ok..

Tut~
Tut~
(engaged)

YYY: Maaf cik, nanti boleh tak cik call balik sekejap lagi nombor ni, 1-300-88-0336

AKU: Ok.. terima kasih..


Aku pun letak phone + dial nombor yg dia bagi.. Bagus kan TM ni.. semuanya aku kena call sendiri.. Mesra pelanggan sungguh...

ZZZ: Hello.. (suara slow nak mampus, mcm xnak jawab telefon)

AKU: Hello, saya nak tanya tentang status permohonan telefon saya.

ZZZ: Boleh bagi nombor? (Dgn suara malas nk layan.. menyampah gila aku dgr.. sapa laa letak dia kat customer service ni aku rasa aku cakap lagi mesra pelanggan)

AKU: 03-89xxxxxx

ZZZ: Sekejap ye.. boleh tunggu seminit? Saya nak check dlm sistem..

AKU: Ok..

ZZZ: Status BATAL..

AKU: Haa?

ZZZ: Dibatalkan oleh TMpoint. Cik telefon 100. (mmg pemalas betul dia ni.. cakap pun sikit2 je)

AKU: Macam mana TMpoint boleh batalkan ni?

ZZZ: Saya xtau cik. Cik telefon 100.

AKU: Iyelah2..



Aku x ucap terima kasih @ cakap 'Bye' pun sebab aku sangat sakit hati dengan layanan si ZZZ ni.. patutnya aku mintak nama dia pastu report kat supervisor dia baru tau..
Seterusnya... kena call 100 pulak.. hoho... menyampah aku.. sbb mesin yg jawab.. kena tekan 1 utk Bahasa Malaysia.. pastu 1 untuk perkhidmatan.. pastu tekan lagi.. tekan lagi.. berapa banyak kali kena tekan nombor daa.. akhirnya...


100: Hello, TM.. Boleh saya bantu?

AKU: Hello, saya nak check status permohonan telefon saya.

100: Cik boleh bagi nombor? (dialog yang sama lagik)

AKU: 03-89xxxxxx...

100: 03-89xxxxxx... Sekejap ye cik..

100: Cik, saya x dapat nak check based on nombor telefon yang cik bagi ni. Boleh bagi nombor IC?

AKU: Aa.. 780724-xx-xxxx

100: Aa ok.. atas nama siapa ni?

AKU: (sebut fullname)

100: Aa ok cik.. dalam sistem cik ada appointment untuk pemasangan esok pagi ya..

AKU: Permohonan saya tak dibatalkan? Tadi orang yg akan buat pemasangan esok tu telefon saya bagitau dibatalkan. Lepas tu saya check status dgn TM permohonan saya dibatalkan?

100: Tak cik.. takde status BATAL pun dalam sistem. Cik punya appointment pagi esok.

AKU: Aaa??? (Pening.. sistem x sama ke?)

AKU: Boleh bagi saya apa2 order number ke untuk saya bagi bila saya call balik pemasangan tu?

100: Aa ok cik.. ni order number.. 123456789012 (bkn nombor sebenar)

AKU: Aaa ok terima kasih banyak2 ye..

100: Sama2 cik, terima kasih kerana menghubungi TMPoint..


Masa ni hati aku dah sejuk sket.. sbb org tu jawab telefon dengan lemah-lembut dan penuh budi bahasa :) Aku pun call balik En. XXX tadi..


AKU: Assalamualaikum En. XXX, ni saya Suzanna(nama sebenar ;)).. saya dah call TM tadi.. pening laa

XXX: Ya macam mana dgn status tu Cik?

AKU: Mula2 saya call nombor yg En. bagi tu, dia check dalam sistem dibatalkan. Lepas tu dia suruh saya call 100, saya telefon yg tu dia check takde pulak status BATAL.. ada set appointment untuk pemasangan pagi esok..

XXX: Laa macam mana ni..

AKU: Maaf laa En saya taktau ni antara TM.. saya nak telefon saya pasang je.. saya dah tunggu lama ni..

XXX: Oklah2.. macam ni.. cik tunggu kita tgk mcm mana.. esok pagi kita akan pasang.. lepas tu tgklah macam mana ye.. bila dah pasang nanti cik telefon saya balik nnt saya buat follow up untuk pasang Streamyx pulak..

AKU: Aa oklah macam tu.. Terima kasih En. XXX.. Assalamualaikum...



Huuu jenuh gila laa aku kena kol sana-sini..
Best kan...
Terima kasih laa TM sebab membuang masa aku!!!
Apepun, harap2nya line tepon pasang esok laa..
pastu baru bleh pasang Streamyx.. Hoho..

P/S: Sakit gak jari taip panjang2 ni.. Hehe...

6 comments:

abeming said...

wah...cerita yg sgt best hr ini...heheh...=)

emonya bdk tu td...siap ada "stupid" kat tepon...hehehe

paNavia said...

"stupid" tu bukan ditujukan kepada orang, tapi sistemnya..

harap maklum..

penuh perasaan + sangat emo kan kisah kali ni? hehehehe...

nixk said...

TM Sucks!

NSX said...

ooo ko dok bangi yg dekat ngan nilai 3 ye. >:)

Siapa Saya? said...

Suzanna Bt Ismail

58, Jln Bm 2/6, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor

Phone : 03-8925 5505

hehe :)

paNavia said...

malangnya tu bkn aku..
ada org kol no tu tak? kesian dia kena jawab kol..