Friday, November 25, 2011

The Tra-La-La Song

(Maaf tajuk entry takde kaitan. Buntu nak letak tajuk. Taknak nampak desperate)


Kepada mereka2 yang pernah naik kereta aku, mesti diorang tau yang kereta aku dah lama takde radio. Radio dah lama rosak. Ala, pakej radio datang sekali dengan kereta beb, faham2 ajelah berapa lama je bertahan. Lagipun, kereta aku bukanlah jenama negara 4 musim. Buatan Malaysia. Tapi aku tetap bangga pakai kereta Kelisa aku ni. Tak faham kenapa Perodua stop produce Kelisa dan gantikan dengan Viva. Mungkin nama Kelisa tu tak komersial. Sebab tak komersial la aku bagi nama kereta aku "Tornado". Bunyinya macho dan hensemlah sedikit. Baru sedap nak bawak. Dan yang penting dah habis bayar, walaupun kereta hensem ni dah buruk.

Berbalik kepada cerita radio tadi. Sejak rosak, tak pernah nak ganti.
Sebabnya aku malas. Malas nak survey brand apa yang bagus.
Aku ni naik kereta sebab bukannya nak dengar radio pun.
Jadi aku biarkan.
Tapi, akibatnya... bila sangkut dalam jem, aku mati kutu.
Kalau masa driving mengantuk, tak adalah hiburan.
Maka, aku terpaksa berkaraoke sendiri.

Kesian tau karaoke tak ada muzik ni.
Yang dapat didengar cuma suara sendiri.
Pitching ke laut ke, vokal mencapai oktate ke, semuanya terpaksa la layan sendiri.
Tapi kan, biasanya lirik lintang-pukang, melodi pulak sumbang-mambang.
Biasalah, dah masuk kategori mak2 orang ni.
Dulu masa muda2, layankan lagu yang boleh headbanging.
Dah ada anak2 ni, lagu yang wajib dihafal antaranya...

M-I-C-K-E-Y M-O-U-S-E
(Mickey): It's me!
M-I-C-K-E-Y M-O-U-S-E
It's the Mickey Mouse Clubhouse.
Come inside, it's fun inside.
It's the Mickey Mouse Clubhouse.
Roll call!

Ataupun...


Dibo hears you make a wish
Dibo likes to give a gift
Dibo lives in CozyLand
DINGBODINGBODING

Takpun yang ni...


Yang ni pulak sudah semestinya...


Alien datang menakluki bumi...
Demi koko yang dicari2..
Mereka kan tiba tak lama lagi..
Apa mungkin terjadi..
Jadi kita perlukan penyelamat bumi...
Boboiboy...


Eh btw masa aku dok search youtube boboiboy tadi terjumpa lak ni.. cool jugak.. kasi share sekali..



So, korang boleh imagine tak... aku karaoke lagu kanak2 ni dalam kereta? Boleh tak? Boleh tak? Tak boleh kan? Memang tak boleh pun... Aku kelentong je.. tapi pengakuan ikhlas, aku memang hafal lagu2 tu sebab selalu dok layan dengan anak2 aku, ok.. :)

Bila aku drive dengan kereta takde radio ni, baru aku perasan beberapa perkara. Ok ni aku buat perbandingan bila aku bawak Tornado vs aku bawak T-Hawk (kereta laki aku)...

  1. Lagu yang wajib menjadi pilihan adalah lagu "Semangat Yang Hilang" - XPDC. Gila best nyanyi lagu ni sambil feeling2 metal kapak. Serius besttttt... Mengimbas kenangan silam zaman study kat Shah Alam dulu...
  2. Rupanya aku banyak hafal lagu2 rock kapak. "Keunggulan cinta... dari sinar mata.. yang bergeloraaaaaa..."
  3. Aku taktau lagu2 Siti Nurhaliza mahupun Siti Nordiana, Siti Sarah dan lain2 Siti..
  4. Walaupun aku peminat Anuar Zain, takde satu lagu pun yang aku ingat dari mula sampai habis. Maka, aku tak penah nyanyi lagu dia ataupun aku just humming atau nyanyi sekerat jalan.
  5. Aku boleh menyanyi dengan penuh perasaan walaupun takde muzik. Muzik pun aku buat sendiri sambil ketuk2 stering dan kadang2 hampir tertekan hon.
  6. Bila aku bawak T-Hawk, aku lupa bukak radio. Aku pun nyanyi sendiri. Pastu lama2 aku teringat yang kereta ni ada radio. Bukak radio. Dan aku sambung nyanyi balik (tak ikut pun lagu apa yg keluar kat radio). Haha serius bodoh..
  7. Yang bagusnya, kalau drive Tornado bawak anak2, aku lebih suka nyanyi lagu nasyid sifat 20. Syukurlah..
  8. Patutlah kawan2 tak pernah ajak aku pergi karaoke. Diorang dah boleh agak rupanya suara (dan perangai) aku macam mana. Sampai hati diorang. Sob sob..

Agak parah gak aku ni kan..
Memang dah lama aku nak cerita.. Kebetulan pulak ada satu contest ni.. Sila lawat DI SINI

Hadiahnya adalah Samsung Galaxy Tab..

Apa? Nak join? Wahaha aku tipu je.. Err.. aku tipu bab hadiah je.. contest betul2 ada...

Ni hadiahnya...


Sempoi kan? Ini bukan lighter. Ini adalah sebuah external speaker yang berkeupayaan untuk menjadi sebuah radio FM, boleh memain lagu MP3 melalui USB dan memory card.

Haaa...tu dia..

So to Blog Owner aka Tukang Bagi Hadiah, Pak Lan:

Pak Lan, hang dah baca kan awat akak nak hadiah ni.
Akak rasa, kalau akak dapat benda ni, boleh la akak letak dalam kereta akak.
Penumpang2 kereta akak takdelah terseksa telinga mendengar suara akak ok..
Akak dah kenen2 hang punya Samsung Galaxy Tab, tapi itulah.. kang orang kata, bagi betis nak peha pulak.. so dapat yang ni je pun jadilah..
Boleh dengar radio, boleh letak mp3 mengaji kot2 laki akak nak dengaq ka, atau anak2 buleh nyanyi lagu kanak2 depa. Bukan dalam kereta ja, sambil akak masak2 di dapur pun akak boleh layan. Amacam? Sempoi dak?

BTW Pak Lan, hang nak try naik kereta akak time takdak radio dak?


Apapun Pak Lan, terima kasih sebab buat contest ni.
Mana tau kot ada rezeki akak. Amin...






1 comment:

Akulah Pak Lan said...

Thanks join..
tapi terima kasih ja atas pelawaan.
hahah