Sunday, September 27, 2009

Beraya Ke Mana?

Selamat Hari Raya kepada yang masih berayaaaa....

Bagaimana dengan raya anda tahun ini..
Beraya ke mana?

The Razman Family


at Bangi



at Batu Caves

Tahun ni cadangnya nak beraya ke rumah sanak-saudara.
Rumah sedara belah Kanda ramai kat KL je.
Tapi endup pergi beberapa rumah sahaja.

Bukan salah kami jugak.
Orang kata, ada aral melintang lah tu.
Rumah Pak Lang dah pegi raya pertama lagi.
Rumah pertama kami pegi beraya tu.

Cousins

Aliff: Mana geng kita yang lain2?
Hayyan: Ntahlah, boring kan.. asyik2 kita 2 orang je..



Aliff: Tapi ada marka comey.. beraya umah Pak Lang 3, 4x pun takpe..

(anak jiran Pak Lang)

The Boss Family



Lepas tu baru balik ke rumah family di Batu Caves.

The Sarip Family



Khamis baru ni balik ke Bangi.
Sampai2 rumah penuh dgn sedara-mara.
Turn diorg datang beraya kat umah kami.
Tp semuanya last minute.
Kalau bgtau awal2 dptlah kami balik awal sikit + prepare apa2 yg patut.
Kesian mak sebab dia handle sorang2.
Kami blm sampai, Wun pulak keluar.
Sempat gak singgah beli lemang 3 btg.. hehe..

Malamnya beraya ke rumah Mak Su.
Cadangnya lepas tu nak ke rumah Mak Tam.
Sekali tu family Pak Andak nak dtg rumah pulak..
So cadangnya baliklah rumah sekejap..
cadangan tinggal cadangan je lah..
dak kecit nih tido plak, so lepas tu mak ngan Wun je pi umah Mak Tam..

Hari Jumaat. Siang plan nak gi beraya umah Pak Cik Ta..
tapi menunggu parents aku pulak menyinggah otw balik dari Tangkak.
bila dah petang instead ke umah Pakcik, kami gi beraya umah Mak Teh kat Kajang.
(Rumah lama kali sebelum pindah ke rumah Bangi)..
Ramai gak datang..
Aliff mula2 mood tak baper nak ok, tapi dah dekat2 nak balik tu ok pulak..

Sabtu. Siang tak beraya ke mana2.. macam pelik kan? Hehe..
malamnya KONON nak beraya ke rumah Pak Long.
end up kami 'beraya' kat Village View..
saya sangat suka lah makan kat Village View itu!
Aliff pun sangat behave tadi.. dan makan apa saja yang disuap..
serta seronok dok telek2 ikan.. haha..
lepas tu menyinggah rumah Mak Lang..
'beraya kali ke-2'.. ahaha..
Seronok Aliff buat macam rumah sendiri..
main gak lah ngan Hayyan sket2..

Esok pulak ada orang nak datang beraya..
family 'bakal ipar'.. chewahhh..
rasa nak memasak2 tapi entahkan rajin entahkan tidak..
kita tgklah nanti mcm mana..

Minggu2 akan datang, takde plan lagi nak beraya ke mana...
mungkin sedara-mara belah family aku pulak..
ulang balik ayat tadi..
kita tgklah nanti macam mana ya...

Oh ya.. lagi satu..
masa raya ke-3.. sempat jugak kami beraya di Zoo Negara..
best gak lah bagi aku ngan Kanda yang last sekali pegi zoo ikut rombongan sekolah time kecik2 dulu.. haha..


Aliff: Kita nak beraya kat mana lagi ni Mama?



Mama: Kita pegi Zoo lah.. Mama dah lama tak tgk gajah..



Aliff: Syok gak lah Mama.. dapat bawak balik zirafah..

No comments: