Sunday, September 27, 2009

Kenduri Kahwin

Kadang2 bila attend kenduri kahwin,
ataupun setakat tengok gambar kahwin orang lain,
mahupun tengok balik gambar2 masa kahwin..

ada perasaan macam nak kahwin lagi beberapa kali..!!!



Jangan salah faham..
Saya taknak kahwin dengan orang lain.. betul! Tak tipu!
Saya mahu terikat dengan orang yang sama sampai bila2..
Insya Allah..

Cuma kadang2 saya terdetik..
macam mana agaknya kalau saya buat majlis perkahwinan saya lain dari yang sebelumnya?

Kalau tiap2 tahun buat kenduri kahwin boleh tak?
Hehehe...

Current Addictions

Banyaknya citer baru keluar = banyaknyaaaaa nak kena download + tengok..

1) America's Next Top Model Cycle 13 (interesting - The Petite Model edition)

2) Gossip Girl Season 3 (so far biasa2 je)

3) One Tree Hill Season 7 (but without Peyton & Lucas! So far sooo boring!)

4) Heroes (baru 2 episodes.. tunggu laa sampai tgh2 nanti)

5) Survivor: Samoa Island (baru tgk 1 eps..)

6) Smallville Season 9 (ok I'm not watching this, but still put it in the list because still download it for hubby)

Coming soon (really soon):-

1) Desperate Housewives Season 5 (can't wait! Mike kawen ngan sapa ekkk)

2) Ugly Betty Season 4 (I dislike Betty by end of previous season, we'll see what'll happen this time...)

Beraya Ke Mana?

Selamat Hari Raya kepada yang masih berayaaaa....

Bagaimana dengan raya anda tahun ini..
Beraya ke mana?

The Razman Family


at Bangi



at Batu Caves

Tahun ni cadangnya nak beraya ke rumah sanak-saudara.
Rumah sedara belah Kanda ramai kat KL je.
Tapi endup pergi beberapa rumah sahaja.

Bukan salah kami jugak.
Orang kata, ada aral melintang lah tu.
Rumah Pak Lang dah pegi raya pertama lagi.
Rumah pertama kami pegi beraya tu.

Cousins

Aliff: Mana geng kita yang lain2?
Hayyan: Ntahlah, boring kan.. asyik2 kita 2 orang je..



Aliff: Tapi ada marka comey.. beraya umah Pak Lang 3, 4x pun takpe..

(anak jiran Pak Lang)

The Boss Family



Lepas tu baru balik ke rumah family di Batu Caves.

The Sarip Family



Khamis baru ni balik ke Bangi.
Sampai2 rumah penuh dgn sedara-mara.
Turn diorg datang beraya kat umah kami.
Tp semuanya last minute.
Kalau bgtau awal2 dptlah kami balik awal sikit + prepare apa2 yg patut.
Kesian mak sebab dia handle sorang2.
Kami blm sampai, Wun pulak keluar.
Sempat gak singgah beli lemang 3 btg.. hehe..

Malamnya beraya ke rumah Mak Su.
Cadangnya lepas tu nak ke rumah Mak Tam.
Sekali tu family Pak Andak nak dtg rumah pulak..
So cadangnya baliklah rumah sekejap..
cadangan tinggal cadangan je lah..
dak kecit nih tido plak, so lepas tu mak ngan Wun je pi umah Mak Tam..

Hari Jumaat. Siang plan nak gi beraya umah Pak Cik Ta..
tapi menunggu parents aku pulak menyinggah otw balik dari Tangkak.
bila dah petang instead ke umah Pakcik, kami gi beraya umah Mak Teh kat Kajang.
(Rumah lama kali sebelum pindah ke rumah Bangi)..
Ramai gak datang..
Aliff mula2 mood tak baper nak ok, tapi dah dekat2 nak balik tu ok pulak..

Sabtu. Siang tak beraya ke mana2.. macam pelik kan? Hehe..
malamnya KONON nak beraya ke rumah Pak Long.
end up kami 'beraya' kat Village View..
saya sangat suka lah makan kat Village View itu!
Aliff pun sangat behave tadi.. dan makan apa saja yang disuap..
serta seronok dok telek2 ikan.. haha..
lepas tu menyinggah rumah Mak Lang..
'beraya kali ke-2'.. ahaha..
Seronok Aliff buat macam rumah sendiri..
main gak lah ngan Hayyan sket2..

Esok pulak ada orang nak datang beraya..
family 'bakal ipar'.. chewahhh..
rasa nak memasak2 tapi entahkan rajin entahkan tidak..
kita tgklah nanti mcm mana..

Minggu2 akan datang, takde plan lagi nak beraya ke mana...
mungkin sedara-mara belah family aku pulak..
ulang balik ayat tadi..
kita tgklah nanti macam mana ya...

Oh ya.. lagi satu..
masa raya ke-3.. sempat jugak kami beraya di Zoo Negara..
best gak lah bagi aku ngan Kanda yang last sekali pegi zoo ikut rombongan sekolah time kecik2 dulu.. haha..


Aliff: Kita nak beraya kat mana lagi ni Mama?



Mama: Kita pegi Zoo lah.. Mama dah lama tak tgk gajah..



Aliff: Syok gak lah Mama.. dapat bawak balik zirafah..

Tuesday, September 22, 2009

Joke of The Day (by Kanda)

Me: Kanda, someday nanti kan.. I nak beli... BREADMAKER!
Kanda: Breadmaker? Apa tu?
Me: Alah.. untuk buat roti lah.. BREAD!
Kanda: Boleh buat roti apa?
Me: Alah.. roti apa2lah..
Kanda: Roti John boleh buat tak?
Me: Ha ha ha..


Nampak sangat tamau bagi beli kan? :P

5 minit kemudian.. dok godek2 resipi kat web..

Me: Wahh.. nanti I nak buat ni lah..
Kanda: Apa..
Me: Ni haa.. potato cheese.. nampak best.
Kanda: Bleh pakai bread maker tak?
Me: Ha ha ha.. (again)

Bapa Borek, Anak Rintik

Rasanya tengok gambar je dah paham kot..




Lepas nih Mama kena suruh Papa beli lagi satu PSP (PSPGo dah nak kuar kan?)...
or Nintendo DSi untuk Mama okeh...

Friday, September 18, 2009

Randoms

A few things to jot down before masuk tidoooo:-

- Kelmarin bila ntah aku tertengok cerita Seniman Bujang Lapuk. Baru aku perasan body S. Shamsudin masa muda2 dulu tough woo.. ada six pack uuuu....

- Semalam masa balik punya laa nak cepat sampai umah, aku tersalah bajet + terlanggar tong drum kat post guard TIP.. malu kejap.. seb baik tornado takde apa2.. hihi..

- Dari start puasa sampai dah nak raya ni, tak pernah langsung berbuka puasa kat luar. Mesti kat rumah je. Teringin gak tp keadaan tak mengizinkan..

- Teringin nak mkn lamb stew Secret Recipe since 2, 3 minggu lepas tp tak dpt2 lagi sampai sekarang.. huhu..

- Currently tgh addicted main PSP game 7 Wonders.. Dah lama x layan PSP ni.. seb baik adikku rajin download games so bleh copy je kat dia.. tima kasih Amie!

- Easily annoyed bila plan asal lari.. no matter what the causes may be..

- Sangat berharap dpt pegi vacation masa our anniversary nanti.. Kota Kinabalu perhaps? Aminnnn...

- Selalu kena lepuk ngan hubby time dia tido sbb aku menyibuk baring kat sebelah, online pakai lappy dia.. hihi.. nak marah tak boleh sbb aku yang pegi dok situ sape suruh.. hahaha...

- Selalu kena bangun 3, 4 kali waktu malam untuk betulkan posisi anak bujang tido..
Lasak yang amat! Sedar2 kepala dah dekat perut.. hehe..

- Sudah sangat mengantuk tapi mengada2 nak online lagi semata2 untuk berblog..