Wednesday, February 17, 2010

Cuti Panjang Yang Tak Terasa Panjang Pun...

Kenapalah tiap2 kali cuti panjang, time itulah ada masalah kesihatan...
Kalau tak aku demam, Aliff demam, ataupun cirit-birit, ataupun Kanda selsema, etc2..
ataupun paling tak best poket sakitttttt....
maka tak dapatlah nak bercuti sakan..

Kali ni, ditakdirkan Aliff sakit perut cirit-birit hari Jumaat tu, pastu as usual kalau dia cirit-birit, mesti disertai dengan bon.tot melecet. Kesian dak kecik ni, sensitif sangat kulit dia..
Tapi nasib baik gak kami cuti, at least bleh laa bagi full attention kat dia (konon)..
So, Sabtu & Ahad tu, Aliff is fully on cloth diapers..
tahniah kat Papa dia yang sangat penyabar...
sebab aku time2 berbadan dua ni, memang tahap kesabaran sangat nipis..
tensen sket je, tolak ke Papa.. malang laki aku ni kan.. hehe..

Selain Aliff, aku sendiri tak abis alahan lagi..
biasanya orang kata morning sickness, tapi morning apekebendanya aku ni..
tengah2 malam pun boleh termuntah2 lagi..
apa nak buat terpaksa laa tahankan..
hopefully dalam seminggu dua lagi ok..
bab makan mak aihh.. sangat memilih okeh..
sampai tensen tatau boleh makan apa..
tapi kalau yang mahal2 macam teppanyaki ke kfc je burger king ke... tu boleh je telan.. hihihi..

Aku macam plan nak gi jalan2 hari Isnin tu, tapi check2 claim tak masuk lah plak..
so terpaksa laa kensel.. bermalas2an di rumah je la jawabnya..
oh hari Isnin diorg kaum lelaki di rumah pegi tolong family bakal menantu mak pindah rumah..
so aku lepak je kat rumah layan dak comel ni..

oh btw adik bongsu aku balik cuti kejap Sabtu - Rabu..
so Aliff tetiba macam sangat manja ngan Pak Su dia..
asyik nak main ngan Pak Su je..
padahal masa mula2 nampak bukan main teriak sakan.. :P

Hari Selasa, konon plan nak pegi Zoo Negara..
hahaha..
dah laa cuti Raya Puasa pegi Zoo, cuti Raya Cina pun nak pegi zoo jugak..
tapi last2 kensel, instead kami pegi membeli-belah di Jusco AU2..
sangat best sebab orang tak ramai, tak sesak.. dapat jalan2 dengan happynya..

tapi kan.. satu perangai Aliff sekarang ni, suka menjerit sekuat2 hati.. tak kira tempat..
so semalam, adalah 4, 5 kali dia menjerit masa kami tengah shopping tu..
tensen woh.. tu laa silap sebab pegi berjalan time tido dia..
mengamuk lah budak tu..

So shopping semalam, Papa dapat barang, Aliff dapat barang, Mama dapat.. hutang!
Hehehehe...
Hujung bulan nanti sila laa belanja Mama pulak ya...

Sekianlah cerita yang sangat tak best..
takde cerita apa pun..
tapi nak masuk blog jugak.. apelah~

No comments: