Tuesday, October 13, 2009

[Spoiler Alert] To Papadom or Not To Papadom




Apa Yang Saya Suka Dengan Filem PAPADOM
  1. Sebab ada pelakon2 yang yang memang saya minat - Afdlin Shauki, Que Haidar, Norkhiriah dan Liyana Jasmin (tp LJ dlm filem nih mcm over gedik lah)
  2. Sebab ini cerita pasal family, bukan cerita cintan-cintun i love u, bukan cerita bunuh2, bukan cerita hantu yang mana saya dah tak layan sangat sekarang.
  3. Sebab saya memang suka makan papadom... dalam filem ni ada tunjuk cara2 nak buat papadom...
  4. Lakonan Afdlin Shauki sebagai seorang bapak yang cool... and loving.. (Note: Saya kalau tgk Aflin Shauki berlakon sedih @ nangis contohnya mcm dalam file Soal Hati dan juga filem Papadom ini rasa touching ahh.. rasa mcm nak nangis sekali)
  5. Saya suka sangat dengan watak dan lakonan Que Haidar.. scene favourite saya adalah bila filem dah habis.. apabila dia pakai baju ada teddy bear dan tunjukkan baju tersebut kepada Miasara.. dan Miasara bagi reaksi cutenyaaa.. cutenyaa... dan adegan seterusnya boleh buat saya guling2 ketawa...
  6. Farid Kamil yang selama ini saya rasa biasa2 je tgk lakonan dia, kali ni wataknya sebagai Hisham banyak buat saya ketawa.. tak sangka lu pun pak lawak ye..
  7. Norkhiriah sebagai Mun jelmaan minda Saadom adalah super cute.. masa mula2 sekali dia muncul tu memang kelakar..
  8. Dialog2 selamba yang lawak...
Prof: Awak ni tak macam tukang2 kebun yang lain lah..
Dom: Ramai ke tukang kebun yang awak kenal?
Penonton: Hahahahahahahahahaha

Rasanya ada banyakkk lagi yang best.. tapi saya point out yang teringat dan nampak sahaja..




Apa Yang Saya Tak Suka Dengan Filem PAPADOM
  1. Lakonan Liyana Jasmay kadang2 terover gedik lah.. akak meluat tauuu... akak lagi suka tengok Liyana dalam filem KAMI dulu... atau adakah kehendak watak yang buat Liyana menggedik camtu sekali?
  2. Watak2 utama berasal dari Pulau Pinang. Tapi tak sekali pun dengar diorg sembang loghat Utagha no.. Macam orang KL je.. Awat lagu tu?
  3. Kenapa watak anti-heroin biasanya typical? Jenis berlagak, cakap macam ala2 stylo.. taktau nak explain macam mana.. tapi tengoklah lakonan Scha dan bandingkan dengan watak2 musuh heroin dalam cerita2 yang lain.. lebih kurang je kan..
Macam tak banyak benda yang saya tak suka dengan filem ni.. jadi cukuplah sampai kat sini je..

Apapun, PAPADOM ialah sebuah filem yang menghiburkan,
dan saya rasa macam nak tengok lagi sekali(mungkin jugak berkali2) dengan hubby saya pulak..
Silalah tengok filem ni bersama orang2 tersayang, mungkin anda akan lebih menghargai family anda selepas ini.

No comments: