Monday, December 14, 2009

Saya Banned Pizza Hut Cawangan Sri Gombak!

Pada 12hb Disember 2009 baru-baru ini, saya telah ke Pizza Hut cawangan Sri Gombak pada sekitar jam 11.15 pagi. Saya ingin memesan pizza terbaru seperti yang telah diiklankan di media iaitu Crunchy Cheesy Bites Dip-licious (sila rujuk gambar di bawah, nampak sedap kan)...





Tetapi saya telah dimaklumkan oleh petugas di kaunter yang pizza tersebut tidak disediakan dengan alasan 'bahan habis, tiada stok'. Saya pelik sebab restoran baru sahaja dibuka (Pizza Hut buka jam 11 pagi, ketika itu sekitar 11.20 pagi), takkan bahan2 dah habis kot?

Saya tak puas hati, saya pun tanya balik kat adik tu.

"Aik, baru bukak takkan bahan dah habis kot?"
"Takde kak, buat sementara ni takde stok."
"Habis tu bila ada?"
"Taktau lagi lah kak.."


Saya pun berfikir2. Niat di hati memang nak makan pizza tu je. Tapi sebab kesian kat adik bongsu saya yang nak balik UTM petang tu jugak, saya pun order lah pizza yang biasa2 je.

"Ok kak, siap dalam 15 minit ya.."


Saya pun duduk. Betul2 depan kaunter dapur. Boleh nampak tukang potong pizza tu.

Lepas saya ada satu lagi family ni datang order. Macam saya, diorg pun nak order pizza baru macam saya jugak. Tapi jawapannya sama, "takde stok".. Lepas tu saya dengar diorg tanya pasal extra cheese.. Kan ada iklan pasal "FREE EXTRA CHEESE" tu.. alih2 saya dengar budak tu cakap,
"Kena tambah RM4.. blablabla.. dekat sini takde offer promosi tu.."


Aik? Macam tu pulak?

Sedang saya menunggu tu, saya pun dok perati diorg siapkan order. Nampaklah diorg bungkus2 sup, coleslaw, garlic bread, etc2.. Sekali tu saya nampak....

Tadaaaa...
Mamat tu angkat pizza baru tu... Pastu potong depan mata saya..
Pastu angkat lagi sekeping.. potong depan mata saya..
Lepas tu saya nampak diorg siapkan pizza tu untuk delivery.

Saya hangin! Tapi saya buat diam..
Sedangkan dalam hati saya menyumpah-seranah...

Sampailah budak tu panggil saya sebab order saya dah siap.
Saya pun pegi kat kaunter, dan sound dia,

"Kata pizza baru tu takde, tadi saya nampak elok je budak tu potong pizza tu kat belakang..."


Budak tu terkulat2...

"Eh, ada ke.. saya pun taktau ada..."


Eh macam mana ko jaga kedai ni ko boleh taktau pulak yang ko jual ada ke takde? <-- malangnya ayat ni aku simpan dalam hati je..

"Ha'ah ada lah.. saya nampak tu diorg potong kat belakang tu.. 2 keping lagik.."


Budak tu macam terkulat2 lagik.. tengah pk apa nak jawab agaknya..

"Ohh, yang untuk delivery memang ada kak. Kita tak buat untuk take away dengan makan sini sebab takut takde stok untuk delivery."


Oh memang jawapan yang sangat bodoh la bagi aku!

"Habis kalau macam tu baik saya call suruh hantar je... Lain kali cakaplah awal2, janganlah nak tipu pulak!"


Aku blah dengan muka bengang. Ayat2 seterusnya aku simpan dalam hati je sebab aku malas nak bertekak depan orang ramai.

The point is, kenapa ko degar2 siap gantung banner bagai kat kedai ko promosi benda yang kau taknak jual kat orang? Ko simpan untuk mereka yang call dan buat delivery sahaja? Apa special sangat dengan kes delivery tu? Ko tau tak kitorg yang susah payah datang kat kedai ko ni lah yang patutnya boleh order pizza tu instead of orang2 yang relax dok goyang kaki kat umah, pastu ko pegi hantar pizza kat diorg tu! Pastu ko boleh pulak tipu kitorg kan..

Kan aku dah emo..

Lepas ni aku rasa aku sanggup pegi kat Wangsa Maju atau Taman Permata untuk beli Pizza Hut, ataupun baik aku call Dominos je..

Pizza Hut Sri Gombak, I hex u.. Bwekkkkkk!!!!!

2 comments:

Didie said...

Weh, complaint terus kat Pizza Hut's management. Pizza Hut punya service sucks ler lately. Kerteh punya service lagi horror :-/

Hafissa said...

kalau delivery perbualan telefon dirakam. kalau walk in perbualan dengan customer tak rakam... buat sebab kpi aje