Showing posts with label Screaming. Show all posts
Showing posts with label Screaming. Show all posts

Monday, December 14, 2009

Saya Banned Pizza Hut Cawangan Sri Gombak!

Pada 12hb Disember 2009 baru-baru ini, saya telah ke Pizza Hut cawangan Sri Gombak pada sekitar jam 11.15 pagi. Saya ingin memesan pizza terbaru seperti yang telah diiklankan di media iaitu Crunchy Cheesy Bites Dip-licious (sila rujuk gambar di bawah, nampak sedap kan)...





Tetapi saya telah dimaklumkan oleh petugas di kaunter yang pizza tersebut tidak disediakan dengan alasan 'bahan habis, tiada stok'. Saya pelik sebab restoran baru sahaja dibuka (Pizza Hut buka jam 11 pagi, ketika itu sekitar 11.20 pagi), takkan bahan2 dah habis kot?

Saya tak puas hati, saya pun tanya balik kat adik tu.

"Aik, baru bukak takkan bahan dah habis kot?"
"Takde kak, buat sementara ni takde stok."
"Habis tu bila ada?"
"Taktau lagi lah kak.."


Saya pun berfikir2. Niat di hati memang nak makan pizza tu je. Tapi sebab kesian kat adik bongsu saya yang nak balik UTM petang tu jugak, saya pun order lah pizza yang biasa2 je.

"Ok kak, siap dalam 15 minit ya.."


Saya pun duduk. Betul2 depan kaunter dapur. Boleh nampak tukang potong pizza tu.

Lepas saya ada satu lagi family ni datang order. Macam saya, diorg pun nak order pizza baru macam saya jugak. Tapi jawapannya sama, "takde stok".. Lepas tu saya dengar diorg tanya pasal extra cheese.. Kan ada iklan pasal "FREE EXTRA CHEESE" tu.. alih2 saya dengar budak tu cakap,
"Kena tambah RM4.. blablabla.. dekat sini takde offer promosi tu.."


Aik? Macam tu pulak?

Sedang saya menunggu tu, saya pun dok perati diorg siapkan order. Nampaklah diorg bungkus2 sup, coleslaw, garlic bread, etc2.. Sekali tu saya nampak....

Tadaaaa...
Mamat tu angkat pizza baru tu... Pastu potong depan mata saya..
Pastu angkat lagi sekeping.. potong depan mata saya..
Lepas tu saya nampak diorg siapkan pizza tu untuk delivery.

Saya hangin! Tapi saya buat diam..
Sedangkan dalam hati saya menyumpah-seranah...

Sampailah budak tu panggil saya sebab order saya dah siap.
Saya pun pegi kat kaunter, dan sound dia,

"Kata pizza baru tu takde, tadi saya nampak elok je budak tu potong pizza tu kat belakang..."


Budak tu terkulat2...

"Eh, ada ke.. saya pun taktau ada..."


Eh macam mana ko jaga kedai ni ko boleh taktau pulak yang ko jual ada ke takde? <-- malangnya ayat ni aku simpan dalam hati je..

"Ha'ah ada lah.. saya nampak tu diorg potong kat belakang tu.. 2 keping lagik.."


Budak tu macam terkulat2 lagik.. tengah pk apa nak jawab agaknya..

"Ohh, yang untuk delivery memang ada kak. Kita tak buat untuk take away dengan makan sini sebab takut takde stok untuk delivery."


Oh memang jawapan yang sangat bodoh la bagi aku!

"Habis kalau macam tu baik saya call suruh hantar je... Lain kali cakaplah awal2, janganlah nak tipu pulak!"


Aku blah dengan muka bengang. Ayat2 seterusnya aku simpan dalam hati je sebab aku malas nak bertekak depan orang ramai.

The point is, kenapa ko degar2 siap gantung banner bagai kat kedai ko promosi benda yang kau taknak jual kat orang? Ko simpan untuk mereka yang call dan buat delivery sahaja? Apa special sangat dengan kes delivery tu? Ko tau tak kitorg yang susah payah datang kat kedai ko ni lah yang patutnya boleh order pizza tu instead of orang2 yang relax dok goyang kaki kat umah, pastu ko pegi hantar pizza kat diorg tu! Pastu ko boleh pulak tipu kitorg kan..

Kan aku dah emo..

Lepas ni aku rasa aku sanggup pegi kat Wangsa Maju atau Taman Permata untuk beli Pizza Hut, ataupun baik aku call Dominos je..

Pizza Hut Sri Gombak, I hex u.. Bwekkkkkk!!!!!

Friday, March 27, 2009

Oops I Did It Again!!!

Yes, I did it again..
Aku hilangkan Kanda punya handphone buat kali ke-2..
The first time masa kena warded kat Hospital Selayang when I was 7-months-pregnant..
And the 2nd one was today..

Bad day today...
Semalam hantar kereta pegi servis, my bro amie told kena tukar tayar keta..
tayar keta belakang dah haus sangat2.. sampai nampak besi..
so decided pegi kedai tayar this morning, and plan nak masuk opis as soon as everything settled..

But.. but... kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan..

Mula2 pegi singgah Perodua Service Center yang dekat ngan umah tu..
Niat di hati nak tanya pasal pasang seat-belt belakang..
diorg kata kena buat appointment dulu tp since masa tu tgh takde orang, diorg boleh pasang..
tp kena buat inspection lah, kena charge RM15 for that..
so I said okaylah, x payah susah2 nak datang next time.. :)
Oh yes, besides the seatbelt, beli jugak cap utk tayar yg hilang tu..
ntah mana ilang pun tatau..

Dlm sejam lah jugak setel..
based on inspection, as usual macam2lah recommendations yg dia bagik..
blablablablablaaaa...
lepas tu pegi kedai tayar pulak..

Original plan nak tukar 2 tayar je..
lepas tu Kanda kata dia bleh sponsor the rest so tukar semua sekali..
Yay! Thanks a lot Kanda busyuk!!!
Lepas check2, absorber pun nak kena tukar.. adehhh...
pastu apetah lagik kena tukar jugakkk...
pendek citer, tukar itu tukar ini, the total cost RM770..
warghhhhh... musnah harapan + cita2 nak bershopping bulan ni!!!
Luckily Kanda sponsor (read: pinjamkan) sket.. hihi..
So this month I spent more than 1k for car only..
gila kentang!!!
Semalam servis je dah nak dekat RM300, sbb kena tukar drive shaft sama..
Pastu earlier renew roadtax + insurance, total about RM420..
Monthly loan RM580.. wahhh calculate lah sendiri..
Ngeriiiiii...
Luckily dapat claim rebate minyak so boleh lah cover sket.. (sket je pun!)

Masa siap tu dah almost 3 pm..
so terpaksa kensel niat nak masuk opis lah..

Next, headed to Bank Muamalat sbb Kanda nak bayar loan umah..
then pegi Jalan Ampang sbb I need to bayar my hutang Citibank & Alliance..
Entah mcm mana, aku letak hp Kanda atas riba, and masa dia drop aku depan Citibank tu, aku macam terlupa sangat2 pasal phone tu..
Tak sedar pulak terjatuh..
Bila dah setel ngan both, aku pegi kat kereta and Kanda tanya mana hp dia, baru aku realize yg aku tak pegang pun hp tu tadi..
Panik gila.. pegi balik kat tpt yg Kanda drop aku..
Tapi paham2 ajelah, di tengah2 KL, depan bus stop yang amat sibuk tu, mustahil lah nak jumpa balik hp dia..
Kesian sayang.. hp tu dia baru beli tak sampai setahun.. huuuu..
terasa bersalah yang amat...
Seriusss aku rasa mcm down giler..
seb baik Kanda tak marah (tp kalo dia marah dlm hati mana nak tau..)

Takpe ye sayang..
kalau ada rezeki nanti I ganti balik ur phone ehh..
huuuu....

Monday, December 1, 2008

KWSP Website

I've been trying to access KWSP's website the whole day,
tapi asik x dapat.. sakit ati betullah..
Huh!

Monday, November 17, 2008

Postpartum Depression???

This one copy-paste from babycenter.com


Do you feel anxious and moody a lot but chalk it up to new-mom nerves? As the weeks go by, has your partner or a friend wondered if your "baby blues" may be more serious? Don't let embarrassment or pride keep you from talking with your doctor. As many as 10 to 20 percent of new mothers develop postpartum depression, which can last from two weeks to as long as a year. It's a real and treatable illness.

If you're still not feeling like yourself three months after giving birth, ask yourself the following questions, which were developed by the Postpartum Stress Center: in Rosemont, Pennsylvania. Do you:

• have trouble sleeping?
• feel exhausted most of the time?
• have less of an appetite?
• worry about little things that never used to bother you?
• wonder whether you'll ever have time to yourself again?

• think your children would be better off without you?
• worry your partner will get tired of you feeling this way?
• snap at your partner and children frequently?

• think other moms are better mothers than you are?
• cry over small things?
• no longer enjoy the things you used to enjoy?

• isolate yourself from your friends and neighbors?
• fear leaving the house or being alone?
• have anxiety attacks?
• have unexplained anger?
• have difficulty concentrating?
• think something is wrong with you?

• feel like you'll always feel this way and never get better?

If you answered yes to three or more questions, the Postpartum Stress Center recommends that you seek advice and treatment.


So, what should I do next?

Wednesday, December 12, 2007

Terima Kasih TM Kerana Membuang Masa Saya!!!

Kisah benar yang berlaku hari ini...

Phone aku berbunyi.. (Ringtone lagu Push by Matchbox20)


XXX: Assalamualaikum, Cik Suzanna? (fuiyooo cik tu.. hihi)..

AKU: Ya saya..

XXX: Saya XXX dari TM. Macam ni.. Cik ada buat permohonan telefon kan? Sepatutnya Cik ada appointment untuk pemasangan telefon pagi esok betul tak?

AKU: Ya, betul.. (dgn nada excited.. maklumlaa baper bulan tunggu line nk masuk)

XXX: Macam ni.. saya check Cik punya permohonan dalam sistem. Status dibatalkan?

AKU: Apa?? Macam mana boleh batal?

XXX: Cik ada batalkan ke? No telefon Cik 03-89xxxxxx. Patutnya saya kena datang pasang esok tapi saya tgk dlm status BATAL. Mungkin ke ada sesiapa yang call batalkan?

AKU: (WTF!!!) Encik XXX, dah lama saya tunggu nak pasang telefon kat rumah saya, x mungkin laa saya nak batalkan permohonan tu.. Lagipun baru semalam ada orang dari TM call saya untuk setkan appointment pemasangan tu esok..

XXX: Mana tau ada sapa2 yg batalkan ke?

AKU: Aaaa??? (Excuse me, sapa2 je boleh batalkan ke permohonan orang lain??? Macam mana prosedur permohonan telefon ni? Jiran sebelah rumah aku bleh kenselkan untuk aku ke kalo dia dengki xmau bagi aku pakai telefon?)

XXX: Aaa takpelah Cik, saya bagi Cik nombor TMpoint, Cik cuba call tanya diorg tentang status tu.. Cik cuba call 1-300-88-0206 ye.. Lepas tu nanti Cik boleh call saya balik bagitau status macam mana...

AKU: Aaa oklah2.. (Kenapa aku sendiri yang kena call? Kenapa diorg sendiri tak boleh nak call confirmkan? Mesra pelanggan sungguh ye..)



Seterusnya.. aku pun dial nombor yang diberikan...
3 kali aku try, xde sapa jawab. Lunch hour. Ohh diorg pegi makan la tu kot. Mungkin jugak TM tak mampu nak gaji ramai2 pekerja untuk jawab telefon. Takpelah, aku pun pergi makan dulu...


Balik makan aku pun try lagi..

AKU: Hello.. saya nak tanya tentang permohonan saya. Sepatutnya pagi esok saya ada pemasangan telefon, tapi tadi saya dimaklumkan permohohan saya dibatalkan.. (Skema gila ayat aku, tapi ni ayat berlapik, ayat yang sebenar mungkin lintang-pukang dari ni)

YYY: Ya Cik, boleh bagi nombor telefon cik?

AKU: 03-89xxxxxx

YYY: Sebentar ya cik..

AKU: Ok..

YYY: Bangi?

AKU: Ya..

YYY: Sekejap ye cik, saya sambungkan ke bahagian berkenaan...

AKU: Ok..

Tut~
Tut~
(engaged)

YYY: Maaf cik, nanti boleh tak cik call balik sekejap lagi nombor ni, 1-300-88-0336

AKU: Ok.. terima kasih..


Aku pun letak phone + dial nombor yg dia bagi.. Bagus kan TM ni.. semuanya aku kena call sendiri.. Mesra pelanggan sungguh...

ZZZ: Hello.. (suara slow nak mampus, mcm xnak jawab telefon)

AKU: Hello, saya nak tanya tentang status permohonan telefon saya.

ZZZ: Boleh bagi nombor? (Dgn suara malas nk layan.. menyampah gila aku dgr.. sapa laa letak dia kat customer service ni aku rasa aku cakap lagi mesra pelanggan)

AKU: 03-89xxxxxx

ZZZ: Sekejap ye.. boleh tunggu seminit? Saya nak check dlm sistem..

AKU: Ok..

ZZZ: Status BATAL..

AKU: Haa?

ZZZ: Dibatalkan oleh TMpoint. Cik telefon 100. (mmg pemalas betul dia ni.. cakap pun sikit2 je)

AKU: Macam mana TMpoint boleh batalkan ni?

ZZZ: Saya xtau cik. Cik telefon 100.

AKU: Iyelah2..



Aku x ucap terima kasih @ cakap 'Bye' pun sebab aku sangat sakit hati dengan layanan si ZZZ ni.. patutnya aku mintak nama dia pastu report kat supervisor dia baru tau..
Seterusnya... kena call 100 pulak.. hoho... menyampah aku.. sbb mesin yg jawab.. kena tekan 1 utk Bahasa Malaysia.. pastu 1 untuk perkhidmatan.. pastu tekan lagi.. tekan lagi.. berapa banyak kali kena tekan nombor daa.. akhirnya...


100: Hello, TM.. Boleh saya bantu?

AKU: Hello, saya nak check status permohonan telefon saya.

100: Cik boleh bagi nombor? (dialog yang sama lagik)

AKU: 03-89xxxxxx...

100: 03-89xxxxxx... Sekejap ye cik..

100: Cik, saya x dapat nak check based on nombor telefon yang cik bagi ni. Boleh bagi nombor IC?

AKU: Aa.. 780724-xx-xxxx

100: Aa ok.. atas nama siapa ni?

AKU: (sebut fullname)

100: Aa ok cik.. dalam sistem cik ada appointment untuk pemasangan esok pagi ya..

AKU: Permohonan saya tak dibatalkan? Tadi orang yg akan buat pemasangan esok tu telefon saya bagitau dibatalkan. Lepas tu saya check status dgn TM permohonan saya dibatalkan?

100: Tak cik.. takde status BATAL pun dalam sistem. Cik punya appointment pagi esok.

AKU: Aaa??? (Pening.. sistem x sama ke?)

AKU: Boleh bagi saya apa2 order number ke untuk saya bagi bila saya call balik pemasangan tu?

100: Aa ok cik.. ni order number.. 123456789012 (bkn nombor sebenar)

AKU: Aaa ok terima kasih banyak2 ye..

100: Sama2 cik, terima kasih kerana menghubungi TMPoint..


Masa ni hati aku dah sejuk sket.. sbb org tu jawab telefon dengan lemah-lembut dan penuh budi bahasa :) Aku pun call balik En. XXX tadi..


AKU: Assalamualaikum En. XXX, ni saya Suzanna(nama sebenar ;)).. saya dah call TM tadi.. pening laa

XXX: Ya macam mana dgn status tu Cik?

AKU: Mula2 saya call nombor yg En. bagi tu, dia check dalam sistem dibatalkan. Lepas tu dia suruh saya call 100, saya telefon yg tu dia check takde pulak status BATAL.. ada set appointment untuk pemasangan pagi esok..

XXX: Laa macam mana ni..

AKU: Maaf laa En saya taktau ni antara TM.. saya nak telefon saya pasang je.. saya dah tunggu lama ni..

XXX: Oklah2.. macam ni.. cik tunggu kita tgk mcm mana.. esok pagi kita akan pasang.. lepas tu tgklah macam mana ye.. bila dah pasang nanti cik telefon saya balik nnt saya buat follow up untuk pasang Streamyx pulak..

AKU: Aa oklah macam tu.. Terima kasih En. XXX.. Assalamualaikum...



Huuu jenuh gila laa aku kena kol sana-sini..
Best kan...
Terima kasih laa TM sebab membuang masa aku!!!
Apepun, harap2nya line tepon pasang esok laa..
pastu baru bleh pasang Streamyx.. Hoho..

P/S: Sakit gak jari taip panjang2 ni.. Hehe...

Wednesday, November 28, 2007

Hate Memo

Mode: Pissed off!
Double pissed off!!!


There are only 2 reasons I'll cry:-

1) Someone's loss
2) When I am terribly pissed off!!!
.. which I am at this moment...

Damn!

Friday, October 5, 2007

Aku Kechiwa!

Aku frust la..
Sebelum ni aku seorang blogger yang agak aktif jugak laa merepek kat blog..
Selepas blog friendster, aku banyak pakai MYBlog.. konon nak support bloghosting yg bdk2 local buat... tapi sekarang MyBlog dah down.. abis segala-mala entries aku x dptnak backup.. banyak luahan perasaan yg emosional, bengang, jiwang, mahupun carutan2 dan makian bertapis yang aku post kat situ. Gambar2 pun bersepah.. gambar makan2, kucing, kura2, yg aku jumpa kat www.. semuanya dh xde..

Aku frusttttttttt................
Aku kechiwaaaaaaaaaaaaa................

Friday, July 20, 2007

Erkkkkk?!!!

Lately ni aku mmg kuat gila tido..
Balik keja pas mkn rehat2 dlm kul 11 camtu dh tido..
Except mlm ni la..
apesal ntah cam x ngantuk plak..
aku pun dgr online radio SuriaFM...
segmen "Jangan Tutup Lampu"..
korang try laa dgr tiap2 mlm Jumaat..
kekadang seram gak.. ikut laa cerita callers..
tp lagu kureng sket la.. ala2 metal/gothic gitu.. hehe..

Tapi td aku dgr DJ ni cerita pasal tanda2 kematian..
Salah satu petanda tu "makin kuat tido"..
Isk takut aku.. rasa seram-sejuk je..
Amalan x cukup lagi ni..

Friday, June 29, 2007