Showing posts with label Junior. Show all posts
Showing posts with label Junior. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Ukur Tinggi Anak

Pasal nak booking utk AFamosa Resort.
Sebab ada condition utk budak tinggi 3 kaki.

Chat with hubby via YM

Me: agak2 tinggi aliff baper?
kalau 3 kaki lebih kurang 90 cm camtu

Kanda: xsure..kene ukur dari ujung jari u sampau siku u brape cm..
pastu ukur kat dia

Me: wahahahhahahahahah...

Monday, July 4, 2011

Lovely



They always make me smile.
And make me yell and scream too!

I love you both... Muahhhs!

posted from Bloggeroid

Thursday, June 23, 2011

Kenapa Ni Adik?



Papa halang budak kecik ni tgk kartun. Tu la pasal sampai senget2

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 22, 2011

Kasih Abang



Tolong jaga adik dok meniti kepala katil tak bagi jatuh. Konon.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 21, 2011

Tidurlah Wahai Anak2



Patutnya mama punya tempat kat tengah2.
Tapi kalau dah gini rupanya, macam mana nak menyelit?

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 14, 2011

Young Boss




Masih lagi batuk dan selsema.

*test post entry guna Bloggeroid*

posted from Bloggeroid

Friday, March 18, 2011

Thursday, January 6, 2011

Leaving on A Jetplane

Masa aku nak pergi opis pagi tadi, anak2 semua tak bangun lagi.
Sedap betul tengok diorang tido. Nyenyak gila.
Aku kena kuar awal now sbb opis baru masuk keja kul 8.30 am.
(Awal kan.. masa kat SCAN dulu masuk kul 9.30 tapi itu pun ada hati nak sampai kul 10.. ahahaha)

Dengan berat hati, aku pun cium dahi dua budak-busyuk-tapi-comel ni sebelum pesan apa2 yang patut kat hubby.

Barulah aku tau macam mana perasaan hubby tiap2 pagi dia nak pegi keja sebelum ni...
Huhu...

Tuesday, October 26, 2010

He's Growing Up!

Finally, we sent our Little Boss to nursery!
It was ugly at first, but now he's adapting.

I've realized a few changes since he went there:-

  • Dah semakin pandai bergaul & tak takut orang. Before this, kalau orang datang rumah @ pergi rumah orang lain je menangis. Sekarang still ada sikit, tapi dah tak teruk sangat. Dan kalau dulu takmau tegur orang @ main dgn budak2 lain, sekarang dah pandai berkawan & main sama2 dgn bebudak lain. :)
  • Time tidur sudah berjaya diadjust. Aliff sudah tido awal sekarang. Kalau dulu time tido around 2 am, now kul 12 biasanya dia dah tido. Yahoo!
  • Nampak independent sikit. Eh wait.. Really?~ Yeah, tapi sikit sangat. Still clingy ngan Mama dia.
  • Ada a few things dia belajar. Before this JARANG dibuatnya, such as salam & cium tangan orang, babai orang, and yang kelakarnya ketuk pintu. Hehe..
Hopefully the positive things keep on coming. Even the slightest bit makes me proud of you, my dear!

Budak baru balik taska. Comey tak? Haha

Tuesday, March 16, 2010

Spesel Untuk Opah Cu

Opah Cu, ni haa tengoklah takleh dok diam budak kecik ni haa..

Enjoy~

Wednesday, March 3, 2010

Catatan Pagi Hari

Pagi ni ada mock-up interview utk CMMi..
Aku punya turn dalam sejam lagik..
kecutnya perut macam nak amik exam..
ntah apa2 lah yang aku jawab nanti..
oh tensen..

Tghari nanti nak kena pi site..
baru je bercadang nak balik awal..
iyelah since dah tak terikat ngan time keja ni, rasa mcm best boleh datang dan balik ikut suka hati..
tapi so far, tak penah lagi balik awal rasanya..
mesti melangkau kul 6 lebih jugak..

Kalau esok & lusa takde apa2 hal, Insya Allah dok kat umah je..
so maknanya, maybe malam ni balik lepak Bangi sampai weekends..
Seronoklah budak kecik ni boleh berkepit ngan mama dia..
seronok? ntah2 dia bosan tengok muka sememeh mama dia ni haa..
hehehe..

Lately macam dah ok sikit..
tapi still muntah2, tak kira masa..
yang penting, aku tak boleh berpanas sangat..
panas over sikit, mula lah rasa nak pitam..
dan takleh buat keja angkat2 benda..
dukung aliff over sikit pun terus semput..
dasat gak pembawakan kali ni, padahal baru je 4 bulan..
penatnya mengalahkan aku pregnant 7, 8 bulan dulu...
terpaksa lah redha je..

Oh baru teringat patutnya semalam aku kena pegi maternity check-up..
tp since dok kat batu caves, mungkin akan dipostponed ke malam esok..
kalau tak silap kena check darah..
maybe bawak aliff sekali sbb jab utk 1 1/2 tahun pun tak buat lagi..
bersiap-sedialah budak kecik tu meraung..
dia ni skang kalo mengamuk over sungguh..
haii budak manja la katakan..
macam mana lah time dia dah ada adik nanti..

Oklah, nak kena prepare gak baca skit2.. apa2 yg patut..

Wednesday, February 17, 2010

A Pause

I've stopped pumping officially...
Kind of sedih gak, but the doctor advised me to stop sebab aku ni macam teruk sangat time2 awal pregnancy ni..
Selalu exhausted, and kadang2 nak pitam..
So, mahu atau tidak, terpaksa stopkan..

Tapi, I still bfeed little Aliff time tido malam2..
and bila2 kalau larat..

Teringat la pulak, dulu everytime balik kerja je, Aliff tunggu depan pintu...
masuk2 pintu je dia ikut pegi peti ais..
pastu pass kan botol susu hasil pam hari tu kat dia..
dia pun dengan excitednya nak simpankan dlm peti ais..
kadang2 bebila dia suh bukak peti ais tu, saja2 nak tengok susu dia.. hehehe..
I miss that!

Nampaknya my Freestyle kena pencen kejaplah..
:)

Cuti Panjang Yang Tak Terasa Panjang Pun...

Kenapalah tiap2 kali cuti panjang, time itulah ada masalah kesihatan...
Kalau tak aku demam, Aliff demam, ataupun cirit-birit, ataupun Kanda selsema, etc2..
ataupun paling tak best poket sakitttttt....
maka tak dapatlah nak bercuti sakan..

Kali ni, ditakdirkan Aliff sakit perut cirit-birit hari Jumaat tu, pastu as usual kalau dia cirit-birit, mesti disertai dengan bon.tot melecet. Kesian dak kecik ni, sensitif sangat kulit dia..
Tapi nasib baik gak kami cuti, at least bleh laa bagi full attention kat dia (konon)..
So, Sabtu & Ahad tu, Aliff is fully on cloth diapers..
tahniah kat Papa dia yang sangat penyabar...
sebab aku time2 berbadan dua ni, memang tahap kesabaran sangat nipis..
tensen sket je, tolak ke Papa.. malang laki aku ni kan.. hehe..

Selain Aliff, aku sendiri tak abis alahan lagi..
biasanya orang kata morning sickness, tapi morning apekebendanya aku ni..
tengah2 malam pun boleh termuntah2 lagi..
apa nak buat terpaksa laa tahankan..
hopefully dalam seminggu dua lagi ok..
bab makan mak aihh.. sangat memilih okeh..
sampai tensen tatau boleh makan apa..
tapi kalau yang mahal2 macam teppanyaki ke kfc je burger king ke... tu boleh je telan.. hihihi..

Aku macam plan nak gi jalan2 hari Isnin tu, tapi check2 claim tak masuk lah plak..
so terpaksa laa kensel.. bermalas2an di rumah je la jawabnya..
oh hari Isnin diorg kaum lelaki di rumah pegi tolong family bakal menantu mak pindah rumah..
so aku lepak je kat rumah layan dak comel ni..

oh btw adik bongsu aku balik cuti kejap Sabtu - Rabu..
so Aliff tetiba macam sangat manja ngan Pak Su dia..
asyik nak main ngan Pak Su je..
padahal masa mula2 nampak bukan main teriak sakan.. :P

Hari Selasa, konon plan nak pegi Zoo Negara..
hahaha..
dah laa cuti Raya Puasa pegi Zoo, cuti Raya Cina pun nak pegi zoo jugak..
tapi last2 kensel, instead kami pegi membeli-belah di Jusco AU2..
sangat best sebab orang tak ramai, tak sesak.. dapat jalan2 dengan happynya..

tapi kan.. satu perangai Aliff sekarang ni, suka menjerit sekuat2 hati.. tak kira tempat..
so semalam, adalah 4, 5 kali dia menjerit masa kami tengah shopping tu..
tensen woh.. tu laa silap sebab pegi berjalan time tido dia..
mengamuk lah budak tu..

So shopping semalam, Papa dapat barang, Aliff dapat barang, Mama dapat.. hutang!
Hehehehe...
Hujung bulan nanti sila laa belanja Mama pulak ya...

Sekianlah cerita yang sangat tak best..
takde cerita apa pun..
tapi nak masuk blog jugak.. apelah~

Wednesday, February 10, 2010

First Official Checkup

Dalam 2 minggu lepas kot, pegi check up kat klinik..

Alhamdulillah so far semuanya ok, kira2 masa tu dah 10-weeks-of-pregnancy..
la ni kiranya minggu ke 12 la kot..

EDD 25/08/2010..
aha.. another August baby...
senanglah nanti bleh celebrate sekali je birthday dua2 juniors ni..
(Aliff's 11/08)

Aliff sangat penakut jumpa doc..
sejak dia demam teruk + kena cucuk amik darah tu, masuk bilik doc je terus melalak..
Masa aku checkup hari tu, dia plak yang lebih2 nangis..
padahal aku yang dok terbaring nak scan..
jenuh laa papa dia dok berdukung pujuk dia..
doc rasuah ngan biskut pun tak berenti nangis..
kelakar pun ada.. hahaha..

Friday, February 5, 2010

Wednesday, December 9, 2009

Little Aliff in Pyjama...

Tengok budak kecik ni tido..
tak padan ngan kecik, bantal peluk punyalah besar..


Posisi asal sebelum bergolek2 sampai 90 darjah..

Kaki Tak Sampai Nak Kayuh Basikal...

Sila nyanyi ikut lagu "Papaku pulang dari kota..." (ala yang kereta merah tu)

Papaku bawa ke Nilai Tiga,
Papaku belikan hadiah,
basikal kecil warna hijau,
boleh Mama tolak keliling rumah..
Pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon,
Basikal hijauku berbunyi,
Marilah Mama mari sini,
tolaklah sampai Aliff boleh kayuh sendiri...



Kaler hijau... kepala bear tu..



My new ride..
"Mama, bila kita nak tukar sport rim ni.. "



Wuu.. ada lampu...

My Junior New Haircut..

Atuk bawa Aliff pegi gunting rambut kat kedai.
Surprisingly dia boleh duduk diam je masa tgh gunting rambut tu.
Macam kagumlah jugak.
Tapi Atuk cerita Aliff tamau pakai kain selimut leher tu..
Maka penuhlah rambut kat baju dia..
Lepas tu balik rumah tamau mandi plak tu..
Hehehe..

Baru nampak macho + hensem sket anak Mama ni.
Kalau tak orang asyik tanya, 'boy or girl'..





Saya sukalah rambut baru ni Mama!
Barulah rasa ringan sikit kepala :D

If I Were A Girl...

I'm just messing around with my little Aliff..
But no, I love him just the way he is.. my cheeky little boy!
:)






BTW, adakah rupanya macam saya?

Saturday, November 28, 2009

Randoms: Aidiladha 2009 Edition

  • Saya cuti seminggu sejak 21hb - 29hb November nih.. seronoknya dok umah melayan si kenit ini.. :)
  • Masa birthday hubby (hari Isnin), saya tak masak apa2 pun.. Alasan saya, sebab barang dapur semua dah habis.. Ngee... :P
  • Masa hari anniversary pulak (hari Selasa), saya gagahkan diri masuk dapur untuk masak lauk special, iaitu lauk sardin. Alasan saya, cuma sardin dalam tin je yang saya jumpa kat dapur tu.
  • Hari Rabu pulak, pagi2 dah bersiap nak bawak Aliff ke Hospital Selayang. Ada follow-up. Jalan jem kat mrr2. Kesian kanda kena drive 2 jam dari Bangi ke Selayang. (Nasib baik saya kena pangku si kenit ni dan mujur gak drive kereta auto je..)
  • Timbang Aliff masa follow-up hari tu, berat Aliff sekarang ni sudah 11kg, dan tingginya pula 79cm.
  • Malam tu pulak, alang2 dah kat Batu Caves, kami pun shopping barang dapur kat NSK Selayang. Lots of stuff, and the damage is only around RM150. Sangat puas hati! (Saya memang suka sangat kalau dapat shopping kat NSK, sebab boleh amik barang banyak2 sampai penuh troli pastu bila nak bayar biasanya tak penah lebih rm300 pun, unlike kat Giant, C4 dll)
  • Oleh sebab barang dapur dah banyak, maka hari Khamis tu saya rajinkan diri masak special sikit. Hari tu saya masak lauk ayam masak lemak cili padi, sayur goreng dan sambal totok jawa dimakan dengan pucuk ubi.
  • Hari Raya Korban, niat di hati nak masak rendang ayam hijau. Tapi blender pulak rosak. Last2 saya cuma masak sayur pucuk ubi masak lemak, udang cheezy garlic butter dan ayam goreng cili padi sahaja. Asal kenyang sudah.
  • Petang Jumaat kami bertiga keluar. Niat di hati nak ke mines. Tapi sampai2 kat mines nak masuk ke parking sangat sesak. Kanda yang hangin terus buat u-turn dan end up kami sampai di Berjaya Times Square. Hehehe...
  • Bila dah sampai BTS, baru saya perasan yang saya terlupa bawak RingSling saya. Sangat mencabar nak kena dukung budak 11 kilo tanpa RS. Bila letak bawah dia berlari pulak ke sana ke mari. Lagi mencabar nak kejar dia. Last2 Kanda ajak balik walaupun baru sejam je kat situ. Apa lagi, mengamuklah budak kecik ni...
  • Nak pujuk si kenit, kami belikan dia Happy Meal. Lepas tu kami terus ke Nilai 3 konon2 nak belikan mainan utk dia.
  • On the way nak ke Nilai 3 (kami ikut jalan belakang dari Bukit Mahkota), tiba2 ada satu kawasan berkabus tebal sampai tak nampak jalan. Panik gila. Nasib baik tak ada kereta kat belakang. Kanda terus ke kiri dan berenti kejap kat tepi jalan. Tapi scary yang amat. Macam masuk twilight zone @ alam lain pulak rasanya. Sapa yang biasa ikut jalan belakang ni sure tau sunyi je kawasan ni. Teringat2 pulak cerita 'The Fog' & 'The Mist'.. hoho..
  • Kami belikan basikal roda tiga yang ada handle untuk tolak kat belakang tu untuk si kenit, walaupun dia tak reti nak kayuh basikal lagi. Kaki pun tak berapa nak sampai kat pedal. Hahaha.. Tapi takpe, nanti Mama boleh tolak dia keliling kawasan rumah.
  • Dan kami jugak ada belikan gitar kecik untuk dia 'jamming'. Ahaks.. Bukannya apa, asyik nak masuk bilik Pak Su Wun dia untuk tengok gitar, so kita belikan dia gitar sebijik. Lepas ni kita beli drumset pulak ya. Tapi Mama lagi suka kalau dapat beli Rockband bundle. Hehehe..
  • Sejak duduk Bangi dalam seminggu ni, antara rutin harian ialah kena bukakkan tv + ps3 untuk Aliff. Walaupun dia tak reti main, tapi dia suruh bukakkan dan pegang sixaxis tu macam dia terer main je.. Jadi, tiap2 kali lepas Mama bukak tv + ps3, Mama akan search 'Backkom' kat Youtube. Lepas tu biarkan dia excited tengok Backkom tu sambil tekan2 controller yg tak connected pun.. Hehehe..
  • Poor my MIL, she got warded during Raya Korban due to diarrhea and vomitting. Hari Sabtu pergi melawat tapi rupanya tak boleh bawak baby masuk. So I have to wait outside tunggu Kanda melawat mak dia. Apa pun, harap Mak sudah sihat seperti biasa. Rasanya hari ni boleh keluar wad, Insya Allah...
  • Balik Batu Caves, nak makan tapi semuanya lauk daging. Kiri daging, kanan pun daging. Sudahnya petang tu saya makan nasik dengan 3 jenis lauk daging - masak gulai kawah, masak rendang dan juga sup gearbox. Saya rasa dalam badan saya dah penuh lemak2 tepu. Tapi sup gearbox tu memang sangat sedap. Saya makan berkali2. Hehehe..
  • Hari Ahad adalah hari makeover bilik. Dari pagi saya dan Kanda bertungkus-lumus mengemas dan selagi boleh sedut segala habuk yang ada. Saya harap Kanda tidak lagi sesak nafas tinggal di sini. Dan mudah2an asma tu hilang cepat2 ya..